December 6, 2008

Part Time


kali ni aku nak cerita pasal keja pat taim aku yang tak pernah lari dari sejarah peradaban aku kat bumi ni sejak taun 1995.bismillah.

________________________________________________________________

Sayang adik - adik aku sayang sangat. Rasa macam nak menggulingkan kerajaan kalau takda insan2 berkenaan.haha.

aku ada 3 adik. dua tu sama jantina dengan Kyle XY(tapi ada pusat ya pembaca2 sekalian).sorang tingkatan satu. sorang 6 tahun nk masuk darjah 1.

lagi sorang lagi tu (beliau tidak seangkatan dengan Kyle XY)gedik,ngengada dan seangkatan dengannya. 5 tahun. la ni tengah tidoq kat depan aku.tadi sandaq kat aku.tapi aku dukung pi tauk kat tempat lain sebab ayaq liur beliau hampir mencecah ke tangan kiri aku yang tengah melepak kat laptop aku.

Adik aku yang tingkatan satu tu Cayun aku beri nama pendek.Yang enam taun dan 5 taun tu diberi nama pendek Jani dan Jiya(nama panjang sangat.baik nama aku ja.pendek,kemas dan anggun lagi bergaya.)


Umah aku tu kecik ja,bak kata ibu aku,rumah kotak. Jadi aku yang telah sah untuk menonton cerita2 berskala 18PL,18SG mahupun 18SX dipaksa dan terpaksa (demi keselamatan makan minum aku) berkongsi bilik dengan Cayun dalam bilik yang kecik tahap dewa tu.

Arakian adik aku yang sorang nih telah melangkah ke alam sekolah menengah,yakni sekolah lama aku.(bagos2,selamanya ang jadi pengikut aku). Dan aku tak dapat melihat sejarah revolusi ni sebab taim tu aku pun tengah berevolusi ke alam universiti. Justeru, maunya tak terkejut aku bila balik aku mendapati Cayun yang pendek,ketot,kecik(aku angkat sebelah tangan sahaja)ketegaq lagi tidak ensem ini sangat popular di kalangan teman sebaya dan senior2 beliau (a.k.a budak2 hingusan junior aku). Di kala aku tiada, beliau telah mempunyai 2 orang kakak angkat dan telah diajak ke blind date(kepala hotak betul.gatal nak mampus budak2 perempuan zaman sekarang ini).

apa la yang hampa suka sangat kat cayun ni?

best kah beliau?

kiut kah?

cess. hanya aku yang layak memberi komen. bukan korang.


Ok nampaknya aku telah tenggelam dalam emosi buat seketika tadi.

Berbalik kepada isu bilik aku. Aku dan Cayun kena berkongsi katil tingkat. Beliau di atas, aku di bawah. katil atas adalah katil single, manakala katil di bawah adalah katil Queen. haha.eksyennya aku.

Dan Oh Ya sejak kecik2 lagi kami jarang bersekutu.Gaduh memanjang.Jadi bila kami bergaduh,memang nasib beliau la. Aku tendang2 tilam beliau dari bawah agar tidak aman tidurnya.haha. padan muka hang.

Cayun ni punya satu tabiat yang aku pun konfius baik buruknya. Beliau cepat selsema. Malam2 "ha..choom!"<-pencemaran bunyi yang kurang berkesan kepada aku yang punya imuniti bila tidoq.

tapi tetap mengganggu.


beliau suka letak tisu kat tepi bantal beliau(setelah dinasihati aku secara fisikal). jadi bila beliau bersin tak ada la hingus2 berkeliaran tanpa batasan.

tapi yang tak hensemnya,beliau juga seorang pemalas dan kalau tidur memang cukup liat nak kejut.bila beliau bersin,secara separa sedar beliau tarik tisu dan hembus hidung.

the end.

aku bengang.

sebab beliau tak kumpul tisu2 bertoksik tersebut dalam satu plastik!

dibiarkannya terhampar di atas tilam. dan bagaikan hujan renyai2, tisu2 tersebut jatuh ke atas katil aku yang wangi dan bergaya ni.OI anak ayam!kutip la!

tapi sia2. bagaikan menjirus air ke daun keladi.

oh oh hampir terlupa.dipersilakan kemunculan dua orang lagi adik2ku. dah jadi kewajipan mutlak kot bagi mereka untuk tidur bersama2 aku acap kali aku balik umah. mereka akan berkumpul di belah kiri aku, bahagian yang bersambung terus ke dinding agar tidak jatuh ke bawah(ganas gila taim tidoq.berjamminng sakan.)

ok,kami tidoq.tutup suis lampu.pasang ekon,tarik selimut.







3.00 pagi

aku terjaga kerana aku rasa sejuk lain macam.dan kerana kepala aku terkena sesuatu. aku bukak mata. sebelah tangan menggagau carik henpon.sebelah lagi menyelidik apa benda dok melekat kat dahi sempit aku nih.

Objek dikenalpasti. Tisu yang bergumpal. kepala otak betul Cayun nih. Yah2 aku tendang tilam beliau dari bawah. padan muka.

ok misi ke-2. check ekon awat sejuk sangat.aik?23 darjaah selsius.normal ja.

balik ke katil.balik ke ruang sempit untuk aku.ya,3/4 katil dah dikuasai oleh dainoso2 nih.aku perbetulkan selimut depa.tangan meraba cari selimut tapi Pap! Pap!(bunyi benda basah diikuti bau yang best.)

bunyi yang cukup dikenali. yes tahniah buatku.

dan malam tersebut berlalu dengan aku membawa dainoso2 kecik tersebut,salin baju depa dan tauk depa balik ke katil depa diikuti dengan aku memerah cadarku di bilik air pada pukul 3.00 pagi. tak lupa juga membuang hasil2 toksik adik aku dalam gumpalan2 tisu beliau.

semoga aku mendapat kenaikan gaji melalui keja2 pat taim ni.
dan recently Jani antaq proposal kat ibu aku untuk menambah seorang lagi adik.
Oh ibu kasihanilah anakmu ini.


mesej terakhir:padan muka hang Cayun.tabiat anda telah diketahui ramai.gatai lagi pasang kak angkat.hahahahahahahaha.(gelak jahat)

2 comments:

Si Mata Hitam said...

gile ah bilik ko ade ekon.

bilik aku tadek ekon, kalo agk2 malam2 tu sejuk sgt aku bukak peti sejuk je, tido kt tepi tu.

izt said...

bilik aku ada ekon sebab abah aku sapu dari ofis lama beliau(sekarang beliau tgh bermigrasi ke tempat lain).

kacak dan bergaya tak abah aku?

haha.

ang nak kasik best lagi,baringkan peti ais tersebut dan letak tilam ke dalam beliau.nak tido,masuk,tutup pintu. best.