January 1, 2009

aku tak mau.

Aku tak menanam azam tahun baru yang aku tau hanya manis diidam.
Nak kurus? aku lebih menikmati perasaan bahagia bila aku dapat makan.
nak rajin? aku memang secara harfiahnya seorang yang pemalas. tak dapat nak dibentuk lagi sebab aku dah melepasi fasa rebung.
nak bahagia? tak perlu nak berazam, aku akan mencari sendiri bahagia aku. Dan aku rasa aku bahagia sekarang. Bahagia bagi tiap2 entiti tu berbeza kan definisinya?

Aku tak perlukan azam tahun baru.

kerana aku tak ke mana dengannya.


Aku hanya berazam bila aku mahu.

dan kala itu aku pasti akan mengorak langkahku, biar sekecil mana dan sejauh mana pun aku perlu bertatih.

pasti.

No comments: