January 30, 2009

ting ting + teg teg:SIla rujuk senarai nama di bawah.Nama2 berkenaan sila jawab soklan berupa tag ini.Sekian.


ini adalah arahan daripada cik pembebel.

Ungkapkan ayat "kalau boleh, saya ingin jadi" mengikut kategori yang diberi. beri sebab untuk setiap jawapan anda. 1 & 2. Manusia 3 & 4. Haiwan 5 & 6. Barangan 7. Sukahati kau lah anda juga boleh sertakan gambar untuk setiap jawapan anda.kemudian, sertakan 7 nama orang yang anda ingin tag.jangan lupa tinggalkan komen "anda di tag di blog saya. kalau tak buat tak nak kawan" supaya mereka tahu yang mereka di tag.
1. Kalau boleh, saya nak jadi P.Ramlee. sebab masa tu sangat klasik. saya suka vespa dan kereta volkswagen dulu2. saya nak nyanyi aci aci, bukak pintu.Saya juga tak perlu risau untuk pakai baju kaler merah, seluar hijau dan tudung kuning ketika keluar berjalan2 sebab kalau masuk tv pun time tu semuanya kaler hitam putih ja.

2. Kalau boleh, saya nak jadi Cristhopher Columbus; sebab dia dah berlayar ke satu dunia.Saya teringin nak mengelilingi dunia.

3.Kalau boleh, saya nak jadi pegasus. sebab saya ni tamak. saya nak hensem macam encik kuda, dan boleh terbang dengan gojesnya seperti cik burung. Saya juga suka eksyen; jadi mesti la syok jadi pegasus.boleh eksyen sebab tak banyak orang pernah nampak pegasus.spesel gitu.haha

4.Kalau boleh, saya nak jadi zirafah. sebab zirafah tinggi.Zirafah juga tak perlu menjaga adab2 seperti duduk bersimpuh ketika minum. Zirafah mempunyai ketahan lidah yang maveles.Duri2 pun boleh makan. Sangat bersesuaian dengan saya yang mempunyai kadar pemakanan tahap king.

5.Kalau boleh, saya nak jadi kerusi(yang tak ada orang duduk) di panggung wayang.Setiap kali keluar filem baru, saya boleh tengok filem tersebut sehelai sepinggang tanpa menipiskan ketebalan dompet saya.

6.Kalau boleh, saya nak jadi mesin ATM. supaya saya boleh dengan dengkinya menelan kad2 orang2 yang saya tak berapa nak suka.hahaha.Dan saya boleh songlap duit2 selebriti ke akaun saya.

7.Kalau boleh saya nak jadi pelajar sekolah lagi. sebab saya rasa saya masih lagi kekurangan pengalaman memanjat pagar dan bangunan sekolah.



Saya dengan bangganya nak tag orang2 ini.harap paham.
  • encik KuiKui
  • encik qema
  • encik don karldon
  • encik topsecret
  • encik emira
  • encik khalil mustapha
  • encik kz

3 comments:

kuikui said...

halo kwn..
pala otak anda!!
aku bukan encik kuikui lor..
sejak bla jntina ak bubah neih..
PEMBETULAN : CIK

Anonymous said...

hahah! aku di tag lg la ni? huhuuh... bgs. boleh aku merepek lg... hwahwa.

kzklub said...

citt..ak mndpt tangga terakhir..itu tidak kewl(sbnrnye xnk kne tag)huhu