Saja berjalan, ambil angin, usha2 jantan orang.
Sampai la pada satu ketika mata aku tertancap ke sepasang mata.
Sepasang mata yang bahawasanya bagi aku cukup tajam namun halus,
menyedut seisi pandangan aku hanya pada dia.
Sungguh, dah lama aku tak nampak dia.
Lama.
Dulu memang aku cukup suka menjamah sepasang mata redup ni.
Meneliti ukir senyumnya.
Meniti gerak langkah tangannya.
Aha.
Tapi tu dulu.
Kisah lama.
Walhal rasanya dah kering mata aku ni untuk dia.
Aku pandang dia.
Tak lepas - lepas.
Tak perasan pula, rindu ni.
Aku.
Keringkan pandangan mata.
Aku titi setiap sudut wajahnya.
Mukanya tak seperti dulu, tapi kacaknya masih sama.
Misteri di balik matanya masih sama.
Senyumnya, Liriknya.
Makin lama aku tatap,
makin wajahnya menyerupai saat dahulu,
Makin tampan,makin hati aku berdetap,
Aku malu.
Kerana aku dah tersenyum.
Kacak kan, dia?

*blush*
1 comment:
aku igt sapala mula2 td..pakwe hang ka..secret admire mase kecik2 dulu ka..hoho..
huhu kacak2!bertuah gile hang dpt jumpe dia..herher..
Post a Comment