February 13, 2009

Cita - Cita Aku

Tiap - tiap tahun,setiap kali bukak kelas, 1st day kat sekolah tu mesti tak lain tak bukan, mesti cikgu buat sesi ice-breaking.
Kunun - kunun berkenalan la kan.

Aku cukup suka buat benda ni.Apa - apa sahaja asalkan takyah belajar.

Tapi aku paling tensen bila cikgu tu pesan suruh habaq pasal cita2 masing2 masa perkenalkan diri nanti."Dem," kata hati aku.

Pastu mula la aku melakar draf cita - cita aku. Takpun main lat-tali-lat pilih cita - cita.

Oke.Ini sebenarnya aku nak cerita aku main satu quiz personaliti masa kelas semalam dan fuiyo gempak la keputusan beliau.

Aku patut jadi seorang PELAKON tuh!

haha.cik KuiKui siap approve lagi.

aku ni pandai berlakon ka?

*flashback balik masa aku darjah 6 dulu. 2001*

Pelakon - pelakon utama: Izu,Azifah dan Pah
Orang2 lalu lalang:Afifa,Sarah,Dalila,Adila,Ayuni etc.

Situasi: Masa rehat pukul 10 pagi.Sebelah kelas 4 Mulia.

Aku dan Pah berebut nak duduk sebelah Azifah.
Azifah tu dulu kawan baik aku kat sekolah rendah.
Tapi lepas aku lompat darjah, aku cuma bleh lepak2 dengan Azifah time rehat ja la.

Pah:"Bagi la kami duduk sebelah Azifah!"
Aku:"Ala, bagi la aku pulak dok sebelah dia..."
Pah:"Kami la pulak..."
Aku:"....."

Diam. Aku tunduk.
Aku: "Takpa la, ang duduk la lepas dia Pah. Aku ni bukannya apa, taun depan hampa boleh makan-makan sekali lagi...Taun depan aku dah nak masuk sekolah menengah...Takpa la Pah."

Aku pandang Pah.
Senyum.
Mata berkaca- berkaca.

Aku pi duduk kat tempat lain yang agak jauh dari Pah.
Muka sayu. Makan pun diam saja.


Aku nampak muka Pah dah terkedu.

**Esoknya**

Situasi: Masa rehat.Aku tengah makan kat kantin.

Pah mai kat aku.
Sua tangan,nak bersalam dengan aku.
(Adat la kan budak2,nak mintak maaf kena salam tangan.haha.)

Pah:"Zati...sori na? Kami tak sengaja...Lepas ni ampa duduk la tepi Azifah."

Muka Pah merah.

Aku:"Eh?Yaka ni? Takpa ka?Kalau ang nak duduk sebelah dia pun takpa, aku dah tak kisah dah."
Pah:"Dak...takpa.Ampa la duduk.Ampa dok kat stella ni takat taun ni ja.Taun depan ampa takdak dah.Sori na...Zati?"
Aku:*Muka terharu.Air mata menitis.*
"Timakaseh na, Pah?"

Kami bersalaman.



.....
Betapa tulusnya persahabatan budak2, kan?


------


Aku jalan balik ke 6 Kamil.


"Ha ha dia percaya! Yes aku menang!"
Aku senyum puas sambil tangan sedang membuat gestur "yes-yes!"


Agak- agak masa depan aku kat Hollywood cerah tak?

2 comments:

Unknown said...

amboi...bcita-cita tinggi nmpak cik izu...tkpe r...bangga gak aku lau mmber aku jd actress..huhuh..boleh aku ngn cik kenanga n cik melur tumpang sekaki..

izt said...

tumpang tgk muvi aku dah la...haha..