Aku mintak maaf andai aku terlupa.
Aku terlupa bagaimana rasanya dilupakan.
Dan bila aku teringat balik, sungguh aku rasa macam nak buang jauh2 rasa tu.
Simpan dalam botol, dan disembunyikan di balik tilam.
Atau digaul bersama tepung, agar tidak nampak lagi urai rasanya.
Atau direjam ke dalam sungai, agar hanyut dibawa ke laut.
Atau disimpan dalam hati, biar ia remuk bersama semua isi yang lain?
Jangan.Tolong.
Aku mahu mengingati kamu,
Sebab aku jua mahu diingati.
Sebab aku tak mahu dilupakan.
Aku mahu tetap punya ruang di hati kamu, kamu dan juga kamu.
Tapi aku tak mahu diingat seperti seorang Perdana Menteri yang kamu puja tu.
Puh--leeasse.
Aku mahu diingat
sebagaimana seorang ibu yang diingat ciuman di dahinya tatkala keseorangan di kala malam
sebagaimana seorang ibu yang diingat masakan enaknya tatkala berbuka puasa keseorangan
sebagaimana seorang bapa yang diingat gelak tawanya tatkala duduk bersahaja memandang sinar senja
sebagaimana seorang guru yang diingat leterannya tatkala membelek helaian buku teks lama
sebagaimana seorang abang yang diingat kerut di dahinya setiap kali membelek gambar kala kecil
sebagaimana seorang kakak yang diingat suara lantangnya ketika bersuara
No comments:
Post a Comment