More often than always, selalu sangat rasa macam nak update blog.Betul. Tapi sebabkan aku ni bukanlah orang yang comel bersama entri - entri blog yang comel yang buatkan orang rasa eh cutenya blog dia ni nak follow la tuan dia pun cute what?. Okay. Entri - entri aku ni selalunya melarat dan melalut (dan emo, ya aku suka emo.) jadi selalunya memang orang takkan rasa teringin la kan nak baca tiap - tiap hari pastu ikut emo sekali kan.
Hari ini entri emo. Tak emo la sangat.
Kat kampus aku ni memang selalu la sangat ada event2 ka, booth bagai.
Memang best. Tapi ada satu booth ni, rasanya macam tiap2 tahun dia mesti mai sekali nak promote.
Linguaphone . Aku nak letak gambar, tapi internet slow sangat, jadi aku letak url ja la.Boleh click untuk tengok website dia, sila - sila. Tapi takyah beli la. Mengarut budak - budak ni.
Linguaphone ni macam bagi software ka cd ka hapa tah dengan harapan nak membantu anak bangsa kita dalam mendalami ilmu bahasa. Ikut suka kau la kan bahasa apa kau nak belajar. Semuaaa ada.
Tapi selalunya promoter dia akan target bahasa omputih la, dia bajet kitew kitew ni cakap rempit jew taw.
Botak : Adik, adik meh sini abang nak cerita pasal produk nih bla3.
Adik : eh takpe la botak, saya taknak. Ni yang CD belajar bahasa tu kan, saya dah dengar tadi, saya taknak.
Botak : Eh, kalau adik dah dengar tadi kenapa tak register?
Adik : (Monolog: Kau pekak?Aku cakap tak mau kan.) Takpeeee saya tak nak.
Botak : So adik rasa English adik dah bagus la?
Adik : (eh kau.) Boleh ja la, ok..
Botak : (provoke lagi) Adik ingat English adik memang bagus la?
Adik : Yes, I think my English is good enough
Botak : So you think your english is damn good la?
Adik : (over kau ni) Not damn good, but sufficient la. Ok la botak, I need to hurry up to go home, ok bye.
Imej botak menjauh.
Tak salah bagi aku kalau nak buat profit tolong budak -budak belajar bahasa ni, tapi kalau bahasa kau sendiri tak appropriate dan tak ada etika memang tak dapat la nak menang hati customer.
Provoke orang, perlekeh orang, lepas tu bila kena counter attack nak guna cheap words. Kamon la, cakap 'so you think your english is damn good la? ' (lepas tu muka nak mencuka) dengan customer, be professional la sikit bila berniaga.
Taun lepas stail provoke mintak result english spm, pastu nak attack orang2 yang english tak dapat A. jadah kau?
Lagipun banyak lagi cara kalau nak improve bahasa omputih memasing ni. Boleh tengok movie, boleh baca novel, newspaper, baca komik lagi, tengok anime lagi (lagi bagus, boleh paham japanese sambil improve english kan hehe).
So SAY NO TO LINGUAPHONE, baik kau pi tusyen kat ms weed lagi bagus haa. Eh ms weed ka entah yang cakap nak buat kelas english tu? Dah lupa.
1 comment:
yes i agree bebeh!
Post a Comment