Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

September 24, 2011

Dim Sum hoi!

Hati melonjak gembira mencuba kedai baru.
*skips to de Templer*
(ceh padahal bukan kedai baru pun, aku ja yang jakun haha)
Muka berpeluh - peluh makan dim sum dan minum teh cina waktu tengah hari =.=

Ketibaan si comel - comel sekalian.
Try set dim sum untuk dua orang, RM 19.90 . Dapat fish porridge x2, 3 jenis dim sum + pau kadang merah! Oh, dengan teh cina satu teko.

Comel gila pau kacang merah bentuk rabbit <3<3 !!


Mula - mula memang dasar hati tamak cakap tak cukup ni setakat berapa ketul saja dim sum ni, lapaq woi! Nasib baik tak tamak haloba order lagi dim sum ala carte bagi melampiaskan nafsu serakah, kenyang rupa - rupanya alhamdulillah. Boleh kurus la makan dim sum ni, diet dim sum. ahaha. Gambar yang paling kiri sikit tu saja yang aku tak berapa nak boleh lepas. Sebab manis kot, dia inti kelapa macam kuih. Tengah - tengah hari memang la takdak mood nak makan kuih kan, kalau malam okay kot? Okay.

September 22, 2011

Espressoup!

hai, ini entri pertama saya yang berkaitan dengan makanan yang saya pergi cuba makan. konon nak buat macam food review la kan, ceh ceh. Okay la, bukan food review pun, tapi lebih kepada hoi tengok apa yang aku makan ni hoi sebab tu gemok bulat, dan comel. Ok tampar sekarang.



Sebenarnya dah lama teringin nak makan espressoup ni tapi selalu teringin masa dah kenyang, =.= . Tahniah untuk diri sendiri sebab berjaya cuba jugak! *bunyi tepuk tangan time powerpoint slide presentation*

Mushroom soup

Disebabkan diri ini dah terbiasa makan mushroom soup cap Maggi sendiri, maka terkejut dengan rasa soup di atas, "creamy nya awak ni!" . Lebih kurang macam tu la perasaan.


Kesimpulannya memang creamy dan sedap. Tapi not a great choice la kan untuk makanan harian atau dua kali seminggu.hehe.


Tapi memang gedik la dok baca instruction macam mana nak potong roti tu, ahaha!