Showing posts with label friday. Show all posts
Showing posts with label friday. Show all posts

July 15, 2011

Rahsia Harry Potter 7




Hari ni tengok Harry Potter and the Deathly Hallows dengan godik - godik merenyam. 

Macam biasa lah, kadang - kala sesetengah perkataan tu akan dialih bahasa kan,

 eg.  Chamber of Secret = Bilik Rahsia, Elder's wand = Tongkat Terulung apatah, biasa la tu kan. 


Tapi I didn't see this coming,  ;



Hi I'm Dean Thomas. I'm the new Dekan terkejut tak uolls? ♥

May 6, 2011

Just kidding brahh.



Aku selalu baca Grouchyrabbit, sebab Grouchyrabbit selalu provide weird things that make you think.(in a funny/weird/wtf way). Tadi, aku came across dengan ini:


Just kidding (phrase) - A phrase used to get away with something you said and fully meant.

Ini, ini epic! Aku rasa semua orang pernah buat macam ni.Kalau anda tak pernah buat macam ni, tahniah anda masih lagi boleh naik awan guling Son Goku. (tapi kalau anda pernah tengok porn, maka tak boleh.)

Situasi :
" Ewww please help! Macam manew nak bagitau kat someone tuew diew tu annoying?"
"Macam mana orang pernah cakap macam tu kat kau la."
"Eyhh??Manew adew, sampai atiew..kitew baik leww..."
"Ahaha.Mana ada, aku lawak ja weh. Just kidding ."

Lepas tu ubah tajuk. Ahaha memang epic win la. Tapi macam mana kalau macam ni,

"Aku ceraikan kau talak 3."
"Apa abang? Kenapa bang??! "
"Ahaha just kidding. April Fool!!"

. .  .

Macam mana? Macam mana kau boleh berlakikan dia ni in the first place?

Jadi Mark Zuckerberg memang best.

Aku tak suka Mark Zuckerberg. Aku tak suka the fact that walaupun dia seorang yang sangat annoying,seorang loser, geek yang tiada semangat persahabatan ( sebab aku suka Eduardo Saverin), dia masih tetap jauh lebih kaya daripada aku. Aku masih lagi tetap kena ingat sejarah hidup dia untuk pass exam technopreneurship, dan tiap - tiap hari aku masih lagi bukak facebook untuk main game; walaupun aku tak suka dia.

Cakap pasal facebook, dunia sekarang memang berkait rapat nak mampus dengan facebook. Sikit - sikit facebook. Semua benda boleh login dengan facebook. Macam mana nak troll orang dalam forum kalau boleh login dengan facebook? Kantoi la imej bagus nanti.

Cakap pasal facebook (lagi). Aku bukan la seorang yang active dan famous sangat kat facebook ni nak update macam - macam. Aku lagi suka tengok newsfeed orang. Ada banyak benda - benda yang best, lawak dan sebagainya. Kadang kala baca newsfeed orang pun boleh insaf. Hari tu adik aku tag aku dekat note pasal Hari Pengakhiran Zaman nanti. Aku banyak dosa, jadi aku insaf.

Cakap pasal facebook. Perasan tak, kalau ang selalu dok baca la status2 orang nih, ada sesetengah tu sangat stereotype, sangat cliche. Dan ada la musim2 dia kan. contoh bila dah exam :

#1.Study mode. Bye2 facebook.
#2.Arghh banyaknya benda nak study!!!! Tensen2.
#3. Dah lepas satu paper ada lagi 23 paper.
#4. *habit suka senaraikan nama2 subjek.

Aku cukup tak suka yang #4. Mungkin sebab aku lame, emo dan suka butthurt. Aku rasa macam engkau memang sengaja nak bagi impression yang kau ni pandai orangnya sebab study benda - benda yang tak semua orang tahu.Please, jangan syok sendiri.

Kalau bukan examination season, nak tak nak akan ada status yang lebih kurang begini :

#1. Banyaknya assignment!!! *Senaraikan assignment2 dengan kuiz2
#2. Update foursquare, semua tempat dia nak bagi tau.
#3. Mesej lovey - dovey. Biasalah tu, aku tak kisah dah.
#4. Hello *location , bye *location.
#5. Mesej - mesej emo, beserta ejaan - ejaan yang menyakitkan mata.
      eg: Knapew diew skew menyakitkan ati saia?

#1 is pretty much the same with #4 of the above para. Orang - orang yang sama saja rasanya dok post benda macam ni.

#2 mungkin sebab aku butthurt handphone aku lekeh.Haha. Aku ada member sheda selalu update. Dadak jangan risau ini bukan ditujukan untuk ang. :)

#3 Macam aku cakap, aku dah lali. Semua orang nak ekspresikan perasaan. Tak larat la asyik nak show affection by sikit - sikit beli bunga, hadiah bagai kan?

#4 Ni mungkin untuk mana - mana orang yang selalu bergerak. Atau mungkin nak show off dia ada kat mana location yang glemer etc. Takpa, aku jarang nak emo dengan status ni. Sebab mungkin aku rasa itu sebagai information dan less annoying dari update2 foursquare. Nak isi minyak kat shell pun takyah la nak foursquare.

#5. Ahaha ni budak - budak sekolah ja banyak kot.Kawan - kawan aku dah tak banyak yang jenis taip2 macam tu.Sama ada tak banyak, ataupun memang aku tak kawan dengan orang yang taip2 macam tu. Aku selalu ternampak dari status kawan2 adik aku.Budak2 ni rajin add aku sebab aku ni considered as senior depa la kot.Yang mana aku tak suka dan dah meluat, aku remove.Bye budak kecik. haha

Okla, nanti pulak la update.bye :)

April 23, 2010

and.... YOU'RE OUT!

Last day of my internship, and i just can't sit still and wait.

*inhales*


YA ALLAH BESTNYA HARI NI DAH NAK HABIS PRACTICAL TINGGAL 2 JAM LAGI YA ALLAH SYOKNYA TAK SABAQNYA AKU BILA LA BOLEH BALIK NI LEPAS NI BOLEH QADA MASA TIDUR DAN BERSUKA RIA HUISH BEST GILA    REPORT LANTAK DIA LA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

March 26, 2010

Us; The Drama Kings and Queens.

We are our own worst judges, I've heard. And I've got to admit how true it is.

You know how when you know your best friend just got hooked up and you were cheering on her.
But deep inside, you know how you're full of envious thoughts and cheering for her would be the last thing you'll ever do , especially if her mate is your crush.

Deeper, you know you're just being silly and you know you love her anyway

Waaaay deep down, you hoped she would just disappear.

But you're still cheering for her, thinking what-a-great-friend-i-am-  and  -bunga-bukan-sekuntum-kumbang-bukan-seekor-  and   -she-deserves-it-she's-prettier-although-i-spotted-him-first-and-she-knows-it-   kind of thinking.

Later that night, you went home crying in your bed.

I've seen how in most drama, movies, anime and manga where a certain cool and handsome guy is accepted and well-liked even though he speaks his minds out nonchalantly cursing people off bla33x  just because he was honest and true to himself.(and handsome).

But in reality, do they really exist?

 would somebody introduce me to the likes of him, please?
And let's see whether I'll end up liking him or not.



True, we are our own worst judges.
But then, only we can help ourselves, no?

 I know, this is a worthless and pointless topic. But whatever.


July 10, 2009

sekecil kata.

kadang kala kita tensi.
kadang kala kita emosi.
kadang kala kita benci.
sakit hati.

dan selalu bila aku tensi, aku jadi tension. (okey tensi jadi tension kejadah.)
aku tension bila aku tensi,bila aku marah,bila aku benci,
aku tensi sebab taktau apa nak buat masa tu.

aku taktau macam mana nak buang jauh - jauh segala cacimaki kesumat aku tu.
aku jadi mereng seketika.
kejap aku menyanyi
kejap aku memaki.

orang selalu kata,
jangan disimpan dalam hati semua benci.
it's up to us to make a change.

ya betul, kita sendiri mengorak langkah sebagaimana apa yang kita mahu.
terpulang pada kita.Kalau polan, polan lah.Kalau babi, babi lah.
tapi kadang kala, help comes from the most unexpected place.
(macam cool tulis dalam english)

Latar tempat: depan pejabat tanah berhampiran sekolah
latar masa: +-12.20 tengah hari
Latar masyarakat:penduduk Kangar,Perlis.

Pendahuluan:
-hati kurang enak.

Perkembangan:
-caci maki kepada makcik2 joyah bermulut longkang 
-tunggu Cayun keluar sekolah
"mana budak ni?"

**pelakon tambahan: adik-beradik kurang waras kat kangar.(tidak merbahaya)

-pelakon tambahan masuk pentas.ketuk2 cermin kereta sambil senyum2.
-Ibu berikan RM2.
-Cayun datang.
-Buka pintu angkatkan beg ke pungkok kereta.
-Balik ke pintu.

Klimaks:
-slow motion aksi tutup pintu kereta-
-Si adik daripada pelakon tambahan : "Okay, I Love You."

Penutup.
-Cacimaki lesap dari ruang pemikiran.
-senyum,

"I love you too."

June 26, 2009

I am a VERY lonely man.-Michael J

dunia menyaksikan pemergian seorang ikon yang memang takdak sapa pun yang tak kenai (kot) iaitu Michael Jackson atau nama Islamnya; Mikaeel. Innalillah.

Aku habiskan pagi aku dengan menonton sebuah cenel (betui ka x ni penjodoh bilangan ni) iaitu CNN yang mengadakan liputan khas mengenai Maikel Jeksen. Zass...
Pop icon Michael Jackson has died this morning at UCLA Medical Centre after suffering a cardiac arrest.

3 News will be running live updates throughout the day, giving up to the minute reports on the reaction and aftermath of the tragic death.

9:15am First reports that Michael Jackson has suffered a cardiac arrest.

Paramedics are called to Michael's Holmby Hills mansion and perform CPR on the star at the scene.
He is then rushed to UCLA Medical Centre where doctors continue to try and revive Michael.
10:19am Websites begin to report that Michael Jackson has died in hospital.
11:22am Major websites around the world crash with the news of Michael's passing.

Twitter begins reporting site crashes as it struggles with the news flow and overload of tweets.
AOL-owned TMZ.com (which broke the story) report being down at multiple times throughout the morning.

The LA Times goes down after they confirm Michael's passing.

11:30am Massive crowds gather outside the hospital, Sky News reports that people worldwide are rushing to airports to buy immediate tickets to LA.

11:35am An LA coroner confirms Michael Jackson has died.

11:40am Uri Geller (close friend of Michael) makes a statement to CNN.
"Like the whole world, I am also devastated and expected him to come to England to do the concerts he had booked. He was the best man at my wedding - I can't go on talking right now, I am absolutely shocked. I have to contact his family."

11:43am Video images are released on Sky TV of paramedics attending Michael's home when he initially collapsed.

11:45am TMZ.com reports scenes of "chaos" outside the LA hospital where Michael died.

Fans crowd on the streets outside the UCLA Medical Centre where Michael died, with cries of "You must save him!", "Please save him!".

11:53am Uri Geller talks live to Sky TV, telling of the stress Michael was under in his last days.


11:58am Mr Geller talks of Michael's deep loneliness.
“I was in a darkened hotel room with Michael Jackson and I asked him
‘Michael are you a lonely man?’ he said,
And then there was a long stare to me,and then he said
“Yes Uri, I am an extremely lonely man”. <--sangat kesian.. T.T berikut merupakan lirik kepada sebuah lagu beliau;Childhood ;claimed to be one of his most honest song,an autobiograpical song of his own childhood.


Have you seen my Childhood?
I'm searching for the world that I
Come from
'Cause I've been looking around
In the lost and found of my heart...
No one understands me
They view it as such strange eccentricities...
'Cause I keep kidding around
Like a child, but pardon me...
People say I'm not okay
'Cause I love such elementary things...
It's been my fate to compensate, for the
Childhood
I've never known...

Have you seen my Childhood?
I'm searching for that wonder in my youth
Like pirates and adventurous dreams,
Of conquest and kings on the throne...

Before you judge me, try hard to love me,
Look within your heart then ask,
Have you seen my Childhood?

People say I'm strange that way
'Cause I love such elementary things,
It's been my fate to compensate,
for the Childhood I've never known...

Have you seen my Childhood?
I'm searching for that wonder in my youth
Like fantastical stories to share
The dreams I would dare, watch me fly...

Before you judge me, try hard to love me.
The painful youth I've had

Have you seen my Childhood.

April 24, 2009

Esah

Pejam pejam celik, golek kiri golek kanan, rupa - rupanya dah dekat 3 tahun dah aku tak pakai baju sekolah. Rasa tua. Sungguh.

Jeles pun jeles. Sebab sekarang ni ramai budak - budak sekolah yang dah pandai bergaya. Spek mata pun dah bermacam - macam pesen. Power mata sampai 13, 000 pun orang dah tak kata nerd dah. Orang kata, "Wow, coolnya sepek mata dia tu! Hensem pun hensem. Mesti pandai ni."

Dem we&*!U)!^t73r.

Ok ok tadi tu bukan esah ya. Ni baru nak cakap pasal Esah.

Esah ni cikgu Kimia kami.
Mula - mula masuk masa kami Tingkatan 4.

Pengetua kami ni kununnya nak yang terbaik lah untuk kami; habis semua cikgu - cikgu terbaik kat bumi Semenanjung ni diimportnya ke sekolah kami. Esah ni arakiannya cikgu terbaik bagi subjek Kimia la. Kami pun, "ooo.... Ok."

Tapi indah khabar dari rupa.
Memang la beliau cikgu terbaik Kimia, tapi kalau mulut dok mengata tak semena - mena macam mana student nak suka?


Kes 1: masa mula - mula dia masuk kelas
"Kenapa eh, kalau kat sekolah asal saya dulu, SAYA NI ; student julang tinggi- tinggi. Kenapa saya datang sini student semua buat donno ja?"

buat macam mana,kami ni bukannya jenis kaki bodek

Kes 2: aku dan Aimi terlupa hantar report.

Kami disuruh tunggu kat lab lepas kelas. Kendian, bila kelas lagi satu masuk (PERHATIAN : kelas ni kelas orang - orang pandai belajar).

beliau berkata,
"Kerja pun tak hantar, apa ni?! Anak dara baloq liat!"

Tapi malangnya aku dan Aimi tak paham.
Jadi kami senyum saja.


Rupanya dem dia dok mengata kami.

Kes 3: cakap tak serupa bikin.
Dia ada sediakan buku latihan.
"Kalau nak, beli lah."

Aku dan rerakanku malas nak beli.
Sebab dah tau, bukannya nak buat pun.
RM 12 tu!
(Doblas hengget tu mahal ye adik2.)

Tup-tup, 2-3 ari lepas tu.
Dia mintak semua orang keluarkan buku tu kat dalam kelas.
KEpala HOTAK diA!

Dan kami didenda berdiri dalam kelas.
(10 orang budak laki, duduk sederet semua bagi alasan "tertinggal kat rumah"<----dia boleh percaya!ARghh!!!)
-kami jujur ja bercakap kami tak beli.

Masa sekolah.

adalah menjadi suatu kebiasaan bagi kita memberi nama gelaran buat kaum2 yang mengajar kita, baik cikgu mahupun lecturer anda.

mungkin bersempena tanda keakraban kita dengan beliau, mungkin bersempena tanda kemeluatan kita terhadap beliau.


Cikgu Mat Isa Keli

Cikgu Norma Serama

Esah (hilangnya sebutan cikgu di depan menandakan hilangnya rasa nak panggil dia cikgu)

Cikgu SO (sebab nama beliau terlalu panjang)

Cikgu doremon (fizikal beliau yang sangat lah kiut dan juga personaliti beliau yang sangat baik)

Bobo

.


Kebiasaannya pihak - pihak berkenaan tidak akan tahu mengenai benda - benda cenggini.
Sampai bila - bila.

Kecuali kalau tiba - tiba kita tak sedar beliau ada di depan dan terlepas bercakap mengenai beliau,

dan terlepas menyebut nama singkatan beliau yang memang jelas tidak akan digemari beliau.



umpamanya.

"weh mana report2 bobo tah?"



dan beliau; unfortunately berada di depan mata.
dan memang dia sorang ja yang mintak kami suruh hantar report.


. . . .



tiba - tiba rasa gelap masa depan kat situ.

March 27, 2009

"mai mai rojak ada hotdog ada sandwich ada kek ada kerepek ada baju muslimah ada,baju x berapa nak muslimah pun ada tudung ada!"

Panjang tak monolog luaran aku?


Oh hari ni aku penatpenatpenat. Bangun awal pagi semata2 nak buat sandwich-yang-sedap-nak-mati-laku-gila-sat-ja-dah-habih. hehe.


esok ada nasik lemak! (dan juga sandwich yang sedap tu!)
sila datang 5-b.

ada baju-bajuan jugak. :)
_____________________________________________________________________

aku rasa macam nak sebut "AAAaaaaaargghh!!!"

Sekian.

March 20, 2009

tagged again.


1. List this rules on your blog
2. Share 7 facts about you on your blog
3. Tell 6 unspectacular quirks of yours
4. Tag 7 people by leaving their names as well as links to their blog
5. Link the person who tagged you
6. Leave comment for each blogger you have tagged

7 facts bout me eh??

  1. otak ringkas
  2. bulat-bulat
  3. kiut-miut
  4. suka jalan-jalan
  5. suka komik
  6. berkacamata
  7. tengah lapaq.
6 Quirks ye?
  1. mata kanan dan kiri tak stabil power beliau
  2. right-handed, tapi time menulis ja.bola tampar,pegang benda, berak semua tangan kiri.
  3. tiada cop ibu jari kanan
  4. anak sulung.
  5. tidak mampu melipat ibu jari.
  6. mampu bersuara (bergelak) maskulin( jika perlu) dan feminin (jika terpaksa)
7 peoples to tag
  1. encik kuikui
  2. encik kenanga
  3. encik lulu
  4. encik sasa
  5. encik keding
  6. encik pinie
  7. encik farah

March 6, 2009

8=banyak ONG



1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Duit. dan keluarga.

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri??
buku Mandarin

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu??
taktau. mungkin kourankei, mungkin belakang atau depan rumah saya.

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
aha.menduga akal betul la soalan ini. dengan ibu saya? dari pertama kali saya hela nafas ke dunia ni. :)

5. Adakah anda sedang dilamun cinta??
Tidak. Saya curiga, macam mana ya perasaan dilamun cinta?

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam??
KFC

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Cry Silent Tears-Joe

8. Apakah nama penuh kamu??

Izzati.

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau mak??
kedua -dua. Kecil2 dulu dengan abah. Sekarang dengan ibu. (Abah dah kena kepung dgn adik2 lain.Padan muka beliau)

10. Namakan seseorang yang ingin kamu jumpa dalam hidup kamu buat pertama kalinya??
entah la. Nak kata brad pitt, satgi Angie marah.OKe la Roronoa Zoro.haha

11. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu.
Rapat as in selalu lepak berjemaah la kan?

Kampus-
-cik KuiKui
-cik Kenanga
-cik Trah
-cik Wan Hazarina

Sekolah
-cik Aimi
-cik Paro
-cik Makyam
-cik Dyan

12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri??
Ya.Dibantu oleh mesin basuh di laundry room.

13. Tempat yang paling seronok yang kamu mahu pergi?

Aisemen. Banyak. Tak Terkira. Asalkan boleh berjalan merata - rata.

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu
- funny
- positive
- outspoken
- kinda cute
- talkative.okay...blog-ative.

15. 8 perkara yang amat saya gilai??
- Buku/Manga
- Anime
- Desserts
- Travel
- Money/Freebies
- Internet
-Shopping
-Momonga.

16. Pelukan atau ciuman??
Pelukan.

17. 8 perkataan yang sering diucapkan? (kalau marah kat sapa2 ahh)
- dem
- bab*
- celaka
- Ya Allah Ya Tuhanku...hang ni asqsdlmcsc;dv;fkev!
- kemak punya _____
-*growls*
(x maki lebih2.dalam hati ja.haha)

18. 8 buah buku yang paling baru di baca??

- marshmallows for breakfast
- a place called here
- fairy tail 4
-The Kite Flyer
-Lat; apa tah
-Chobits
-Franken Fran
-Thanks For The Memories

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali??
-Warwick Avenue-Duffy
-Natsu Yuuzora-Atari Kousuke
-I Hear You Everywhere-Tanaka Rie
-Aishiteru-Kourin
-Fall In Love-RuRu Honda
-Happy Birthday-Suga Shikao
-Waltz-Suneohair
-Hachigatsu No Serenade-Suga Shikao

20. Mari men’TAG’ 8 orang lain…
-cik KuiKui
-cik Kenanga
-cik farah
-cik Topsecret
-cik Lulu (terpulang,lunarack ataupun QEMA)
-encik kotak katik
-encik Kurus tapi keding
-
lyzaryns

February 27, 2009

This Brings Back Memories

Tadi saja usha2 aku punya Facebook. Kendian WoAh!! Ada group untuk budak2 sekolah rendah dulu la!Waaa~ gila terharu.

*Isk rindunya zaman budak2 kecik.
Lagu Sekolah
Stella Maris maju jaya
mendidik serta berjasa
memimpin ke arah mulia
buat kami semua
Jati diri digerakkan
bertekad serta berbakti
kami murid yang cemerlang
usaha maju diri

maju terus maju sekolah
budimu selalu dikenang
maju terus maju sekolah
maju era yang cemerlang
Stella Maris maju jaya
mendidik serta berjasa
memimpin ke arah mulia
buat kami semua....
adoi rindu rindu.

February 13, 2009

Cita - Cita Aku

Tiap - tiap tahun,setiap kali bukak kelas, 1st day kat sekolah tu mesti tak lain tak bukan, mesti cikgu buat sesi ice-breaking.
Kunun - kunun berkenalan la kan.

Aku cukup suka buat benda ni.Apa - apa sahaja asalkan takyah belajar.

Tapi aku paling tensen bila cikgu tu pesan suruh habaq pasal cita2 masing2 masa perkenalkan diri nanti."Dem," kata hati aku.

Pastu mula la aku melakar draf cita - cita aku. Takpun main lat-tali-lat pilih cita - cita.

Oke.Ini sebenarnya aku nak cerita aku main satu quiz personaliti masa kelas semalam dan fuiyo gempak la keputusan beliau.

Aku patut jadi seorang PELAKON tuh!

haha.cik KuiKui siap approve lagi.

aku ni pandai berlakon ka?

*flashback balik masa aku darjah 6 dulu. 2001*

Pelakon - pelakon utama: Izu,Azifah dan Pah
Orang2 lalu lalang:Afifa,Sarah,Dalila,Adila,Ayuni etc.

Situasi: Masa rehat pukul 10 pagi.Sebelah kelas 4 Mulia.

Aku dan Pah berebut nak duduk sebelah Azifah.
Azifah tu dulu kawan baik aku kat sekolah rendah.
Tapi lepas aku lompat darjah, aku cuma bleh lepak2 dengan Azifah time rehat ja la.

Pah:"Bagi la kami duduk sebelah Azifah!"
Aku:"Ala, bagi la aku pulak dok sebelah dia..."
Pah:"Kami la pulak..."
Aku:"....."

Diam. Aku tunduk.
Aku: "Takpa la, ang duduk la lepas dia Pah. Aku ni bukannya apa, taun depan hampa boleh makan-makan sekali lagi...Taun depan aku dah nak masuk sekolah menengah...Takpa la Pah."

Aku pandang Pah.
Senyum.
Mata berkaca- berkaca.

Aku pi duduk kat tempat lain yang agak jauh dari Pah.
Muka sayu. Makan pun diam saja.


Aku nampak muka Pah dah terkedu.

**Esoknya**

Situasi: Masa rehat.Aku tengah makan kat kantin.

Pah mai kat aku.
Sua tangan,nak bersalam dengan aku.
(Adat la kan budak2,nak mintak maaf kena salam tangan.haha.)

Pah:"Zati...sori na? Kami tak sengaja...Lepas ni ampa duduk la tepi Azifah."

Muka Pah merah.

Aku:"Eh?Yaka ni? Takpa ka?Kalau ang nak duduk sebelah dia pun takpa, aku dah tak kisah dah."
Pah:"Dak...takpa.Ampa la duduk.Ampa dok kat stella ni takat taun ni ja.Taun depan ampa takdak dah.Sori na...Zati?"
Aku:*Muka terharu.Air mata menitis.*
"Timakaseh na, Pah?"

Kami bersalaman.



.....
Betapa tulusnya persahabatan budak2, kan?


------


Aku jalan balik ke 6 Kamil.


"Ha ha dia percaya! Yes aku menang!"
Aku senyum puas sambil tangan sedang membuat gestur "yes-yes!"


Agak- agak masa depan aku kat Hollywood cerah tak?

January 30, 2009

ting ting + teg teg:SIla rujuk senarai nama di bawah.Nama2 berkenaan sila jawab soklan berupa tag ini.Sekian.


ini adalah arahan daripada cik pembebel.

Ungkapkan ayat "kalau boleh, saya ingin jadi" mengikut kategori yang diberi. beri sebab untuk setiap jawapan anda. 1 & 2. Manusia 3 & 4. Haiwan 5 & 6. Barangan 7. Sukahati kau lah anda juga boleh sertakan gambar untuk setiap jawapan anda.kemudian, sertakan 7 nama orang yang anda ingin tag.jangan lupa tinggalkan komen "anda di tag di blog saya. kalau tak buat tak nak kawan" supaya mereka tahu yang mereka di tag.
1. Kalau boleh, saya nak jadi P.Ramlee. sebab masa tu sangat klasik. saya suka vespa dan kereta volkswagen dulu2. saya nak nyanyi aci aci, bukak pintu.Saya juga tak perlu risau untuk pakai baju kaler merah, seluar hijau dan tudung kuning ketika keluar berjalan2 sebab kalau masuk tv pun time tu semuanya kaler hitam putih ja.

2. Kalau boleh, saya nak jadi Cristhopher Columbus; sebab dia dah berlayar ke satu dunia.Saya teringin nak mengelilingi dunia.

3.Kalau boleh, saya nak jadi pegasus. sebab saya ni tamak. saya nak hensem macam encik kuda, dan boleh terbang dengan gojesnya seperti cik burung. Saya juga suka eksyen; jadi mesti la syok jadi pegasus.boleh eksyen sebab tak banyak orang pernah nampak pegasus.spesel gitu.haha

4.Kalau boleh, saya nak jadi zirafah. sebab zirafah tinggi.Zirafah juga tak perlu menjaga adab2 seperti duduk bersimpuh ketika minum. Zirafah mempunyai ketahan lidah yang maveles.Duri2 pun boleh makan. Sangat bersesuaian dengan saya yang mempunyai kadar pemakanan tahap king.

5.Kalau boleh, saya nak jadi kerusi(yang tak ada orang duduk) di panggung wayang.Setiap kali keluar filem baru, saya boleh tengok filem tersebut sehelai sepinggang tanpa menipiskan ketebalan dompet saya.

6.Kalau boleh, saya nak jadi mesin ATM. supaya saya boleh dengan dengkinya menelan kad2 orang2 yang saya tak berapa nak suka.hahaha.Dan saya boleh songlap duit2 selebriti ke akaun saya.

7.Kalau boleh saya nak jadi pelajar sekolah lagi. sebab saya rasa saya masih lagi kekurangan pengalaman memanjat pagar dan bangunan sekolah.



Saya dengan bangganya nak tag orang2 ini.harap paham.
  • encik KuiKui
  • encik qema
  • encik don karldon
  • encik topsecret
  • encik emira
  • encik khalil mustapha
  • encik kz

January 16, 2009

nasib baik

Hari ni merupakan hari yang sangat mengantuk bagi aku. Sebab penat mungkin.

Sebab aku ke kampus seawal buleh walaupun pada harfiahnya muka aku tak perlu pun nak bertempek kat kampus tu hari ni.

Makan pizza IzzI dengan member2 kelas kat Jusco AU2. Agak sedap dan harga dia pn best. Murah dan mengenyangkan. :D

Hari ni aku balik rumah sat, tok dengan paksu aku mai.
*Selang sepurnama baru aku balik rumah selalunya.

Aku terkejut bila ada sorang mamat tu dok ikut aku; mintak duit. sampai dah dekat2 dgn pondok pak Guard tu dan bila pak Guard tu tegur aku "Hello, Ma'am (wtf?)." baru la mamat tu chow.

Mamat tu dari lagatnya aku agak macam orang bisu kot sebab dari awal tadi dok mengagah2 cawan dia mntak duit kat aku tapi diam seribu bahasa. Aku pulak memang dah dasar kedekut tayang muka kering ja la depan dia.(tapi kaki aku memang dah masuk gear 4 dah time tu)

Petang sikit, aku keluaq bli makanan dan aku terserempak lagi mamat tu. Dan aku nampak mamat tu tengah bersembang dengan partner dia dalam bahasa Indonesia!

Aku macam, "What the?! Tadi kemain lagi tayang muka simpati kat aku! Alih2 menipu ja!"

Nasib baik aku ni kedekut.

January 9, 2009

SFX

Penat gila lah hari ini. Dari Perlis ke KL.Sehari suntuk mengemas bilik. Bilik pulak sekangkang zirafah ja besarnya. Aku nak sumbat mana2 lebihan sisa2 barang2 aku pun takleh.

nasib baik katil aku dekat dgn tingkap.

boleh la usya2 mana2 yang patut.

tapi ngeri la katil tu. aku baru pijak 2 anak tangga (katil aku skali lagi di top deck.dia ingat aku syok kot dok stunt2 kat atas ni.) dah bergoyang2 katil tu.siap ada bunyi latar belakang lagi. apa dia ingat ni cerita Congkak ka sikit2 nak ada bunyi2 sampingan?

"Iik.. Iik.."

Aku rasa aku tidoq atas lantai malam ni.

December 30, 2008

tulisan.

  • Aku baru perasan yang selama ni tulisan aku memang huduh dan sukar nak dibaca. Ini adalah hasil analisis terhadar kadar ketumpatan kedut di dahi insan2 yang cuba menilik usa pena aku.
  • dem.
  • tulisan aku adala macam ni sesikit.tapi huruf 'z' lain sikit. dan tulisan aku mmg pmalas sebegini. dan memang akan tilt ke atas - sangat ketara bila aku kena tulis kat papan hitam/putih/dan sebagainya.

Oke.itu adalah ulasan berkenaan signature.


petang tadi kami satu family ke bendang untuk memancing kat sungai kat2 situ atas desakan dan ugutan Jani dan Jiya yang teruja sangat nak mengail (Cayun jadi batu api) .

Rupa2nya ibu aku terer memancing.

Muka terkesima abah aku memang sangat mengujakan.

Beliau juga takmau kalah dengan ibu.

. . . .

Sapa yang teruja la ni?



December 19, 2008

kereta orenku

Aku baru balik dari reunion dgn member2 kelas aku time sekolah dulu.

Macam - macam reaksi aku, terkejut, terkesima. melawa sakan la pulak depa ni. haha.

Aku pi Coffee House Putra Brasmana tu dengan member aku, Paro. Bawak keta, parking.Makan.Ambil gambar.

Dah habis bergambar dengan semua orang(kalau dah harfiahnya orang glemer.haha.)

kami pun mula la beransur.

Jalan pi tempat parking.


Gelak2.

"Panas gila la paro tempat tadi."
"Haa.. tau takpa."

Menuju ke kereta.

Aku pun tekan la remote control beliau.

aik?

Tiada bunyi nyot -nyot.

Tapi aku nampak lampu merah kat dalam berkelip2 ala Ultraman yang dah kesuntukan masa.

Aku pelik.

Tekan lagi.

Wei bukak la.

aku try bukak manually .Guna kunci.

Kunci tu tak leh nak pusing langsung.

Aku cuba lagi. Kuat lagi.

Tetap tak boleh.

Aku dan Paro panik.

Alamak macam mana nak masuk ni?!

Dah dekat tgh malam dah ni.

Dah la dok kat kola perlis. Nak balik kangaq.

Shet! Time tu segala steamboat yang aku makan rasanya dah melebur dah kat dalam usus aku ni dek panasnya hati ni kat kereta oren aku ni.

Wei bukak la!

Try lagi. Tetap tak boleh.

Aku mula mundar - mandir di belakang kereta aku tu.

Tensen sebab tak boleh balik.

Hinggalah aku terpandang sesuatu.

. . . . .


Dem aku salah kereta!