Showing posts with label sunday. Show all posts
Showing posts with label sunday. Show all posts

June 26, 2011

Iphone, ceh!

Kalau dulu - dulu mesti bergundah gulana bila tengok orang lain main Angry Bird kat Iphone takpun main game canggih - canggih kat Android, kini tidak lagi bila tengok Angry Bird dah launch kat Web Store Google Chrome!!
Yay for all losers who can't afford smartphones!! (sambil tengok cermin)

Sambil - sambil tengah pilih app apa nak install selain Angry Bird, terjumpa satu game ni, Alchemy. Bunyi macam skema, tapi bila dah main hoi addictive woi dah 2 jam melungu dengan laptop fikir nak campur elemen apa ni nak dapat Swamp tapi tak dapat - dapat lagi sobsob T.T apatah lagi nak try dapatkan Vampire ataupun Twilight Saga.

Mula - mula dia akan bagi 4 elemen, water, fire, earth, air.
Lepas tu campur - campur la elemen tu sekreatif mungkin untuk dapatkan elemen- elemen lain.
eg : Glass + Glass = Glasses lol

So taknak cakap banyak sebab dah frust tak dapat elemen baru (sebab tu tiba - tiba nak tulis entri baru), 
bye bye!



p/s: dah frust nak main Angry Birds jugak bila adik dah potong naik level baru yang waaaayyy ahead dari diri sendiri baru level 1 dia dah level 8, cis menci menci menci!

June 19, 2011

like father like daughter.

Assalamualaikum Hai. Hari ini Hari Abah. Kalau nak tunjukkan bukti yang aku ini memang keturunan genuine dari Abah aku , adalah mewarisi salah satu perangai legend Abah aku, iaitu degil ya amat, dan tak suka bila orang lain tak dengar cakap. Dan tak suka menunggu. Dan hitam.

Maka tak peliklah untuk aku akhiri Hari Bapa 2011 ini dengan bergaduh dengan Abah over something totally ridiculous and stupid. =.=. Dan masing - masing memang degil tak mau mengalah sampai Ibu malas nak masuk campur, lantak pi la hampa dua beranak.

Haih.


Happy Father's Day, Abah.







.   .   .

. Takmau letak gambar tanda protes. Padan muka yeyeyeh. :P



Cute - stephen jerzak


                                                                       strobe edge ftw

bajet blogger habis ah nak review - review. review kowmik jew pown. okbye tak sanggup nak cakap rempit lama - lama.

May 8, 2011

random.

was stuck in the traffic jam (ceh padahal tak lama mana pun).



Kereta depan : NO FAT CHICKS

HAHAHAHA aku gelak. Lepas tu aku butthurt. =.=;

August 1, 2010

mtv world stage

saya tak pergi pun mtv world stage tu.tapi saya letak title mtv world stage sebab kesiankan kawan saya sorang tu, teringin sangat. tadi bbq dengan geng2 rumah. takmau cakap banyak pun sebenarnya, tak terlintas nak post entry pun tapi tiba tiba eh eh laju pulak kau maxis broadband, terpaksa post apa2 entry walaupun harfiahnya nak letak gambar saja. haha.




July 4, 2010

Hello degree life.

Padahal tak masuk lagi. Ahad depan baru nak register masuk balik. Sebenarnya keputusan ini tidak berapa dipersetujui seratus peratus oleh encik abah, sebab encik abah suruh kerja dulu. Kat company kawan beliau. Encik Abah adalah seorang yang sangat strong-willed, tak habis - habis memaksa saya masuk bekerja, tapi saya tak mahu jugak. Tiap - tiap kali dia suruh saya kerja (selalunya time dia tengah drive dan saja jadi co-pilet atau sekadar penumpang), saya akan buka tingkap dan memandang jauh ke sawah padi, ladang tebu, pakcik Imigresen yang sedang mengunyah kacang sambil tanya "nak pi mana ni cik.." lepas tu abah cakap saja nak pi makan - makan dan lain - lain. Takpun saya jawab dalam hati saja.

Lepas tu kena marah bising potpetpotpet. Apa nak jadi ni dan sebagainya. Saya tak kira. Kali ni saya akan teguh dengan pendirian saya. Sebab saya dah ikut kehendak abah yang satu tu, yang ni saya tak nak.


Selain daripada rambut tiba - tiba jadi straight gila boleh buat pembaris nak buat line atas buku, perkara yang saya tak boleh imagine akan saya ada adalah pekerjaan tetap. Ini semua salah Rosli Daud(ini  memang nama sebenar).

Awal tahun ini, saya menjalani (skema menjalani) industrial training atau dengan kata lain practical di sebuah syarikat kecil di Wangsa Melawati. Saya pilih tempat ini kerana SANGAT dekat dengan rumah sewa (lama) saya, drive kereta 5 minit dah sampai. Jadi relax sahaja office hour start pukul 9 pukul 8.55 baru terkial - kial cari kunci kereta dan sibuk ketuk pintu jiran suruh alihkan Perdana dia. Ada porch tapi tak guna. Bebal.

Sebab kedua adalah kerana tempat lain yang berdekatan tak banyak yang hendak menggunakan budak budak computer engineering.  Kalau hendak juga, kena cari di sekitar Bangi seperti kilang Kenwood, Sony dan sebagainya. Tetapi peduli hapa saya.


Dan sikap 'peduli hapa' saya itu telah memakan diri. 14 minggu saya dan rakan tension di situ. Pekerjanya ok, tetapi supervisor saya tu (rujuk nama sebenar di atas); pergh perangai memang macam minta penampar dan lain - lain bentuk serangan 18SG.

Sehari sebelum nak report for duty, saya dan rakan - rakan serumah semuanya excited memikirkan tempat kerja masing - masing, dengan pantrynya, dengan abang hensemnya, dengan workspacenya. Jadi apabila pulang dari kerja keesokannya, saya dan rakan sedih gila bila rakan - rakan rumah menceritakan supervisor yang hensem, workspace yang luas gila boleh tidur bawah meja dan desktop masing - masing.

Supervisor saya sudah la botak di depan, merokok pula tu.
Di  office 95% adalah perempuan dan 3% baki adalah bapak - bapak orang. Baki 2% adalah orang yang sudah berpunya, dan tak hensem.

Saya jadi benci nak kerja apabila diberi tugasan kerja yang penting, dan banyak. Saya berbesar hati menerima, tetapi bila saya tak tahu nak buat dan supervisor sikit - sikit suruh import Microsoft Excel kepala hotak dia, hati saya jadi kecil semula.

Saya biasanya akan berlagak tabah dengan sikap 'it's okay, lagi omg 83 hari lagi' tetapi sampai ke satu tahap saya jadi tension bila kena kerja 7 days a week dah tu siap kerja sampai tengah - tengah malam. Ibu bapa tak tahu saya kena kerja sampai lewat tengah malam pada hujung minggu lepas tu bila ada surprise call dari ibu, saya terpaksa menangis sebab geram gila dengan perangai supervisor yang sikit pun tak menolong. Sampai hati tinggalkan kami berdua dua-dua orang sahaja dalam ofis tengah - tengah malam untuk siapkan kerja + test script untuk DIA bentangkan kepada KPDNKK keesokan harinya.


 Selang beberapa minit selesai ber-Bersamamu dengan ibu, rakan pula pulang ke meja dengan mata merah - merah. Rupa -rupanya dia juga jemputan khas acara Bersamamu.


Dah la pagi - pagi esok kena pergi KPDNKK pula di Putrajaya. Dah la saya yang terpaksa drive, kakak office tak berani nak drift di pagi - pagi buta kejar masa nak sampai awal di KPDNKK supaya sempat breakfast sebelum UAT.


Saya hanya paling gembira sekiranya saya diarahkan untuk turun site di Putrajaya tanpa supervisor di sisi. Hanya di sana la saya boleh gelak sekuat - kuatnya, main game Country Stroy Pet Society di Facebook sepuas puasnya dan download sebanyak -  banyaknya.

Time lunch pun boleh turun dengan riang hati sebab ada abang tu body dia cantik gila macam nak aishhh. Balik pun boleh balik pada masa yang tetap iaitu dalam pukul 5 petang, ikut office hour kerajaan.


Itulah sebahagian daripada sebab - sebab mengapa saya tak sudi nak bekerja.

Jangan tanya saya pasal elaun di situ. >:(

Saya dapat tahu ada abang di situ yang skodeng blog saya tetapi peduli hapa saya. semoga sikap peduli hapa saya kali ini tidak memakan diri saya lagi. Semoga abang tu skodeng blog budak - budak praktikal baru pula.

Kegeraman practical. Picasso-style.


p/s: tak sabar nak masuk degree.

September 25, 2009

selamat hari raya.

aku ada azam raya.

lepas ni, aku dah malas dah nak give in dengan apa2 jua benda yang aku takmau dan tak suka.
malas aku. hehe.jadi kalau aku kata tak boleh, tak nak, tak mau, hotak ang dan apa2 yang bersinonim dengannya;

(kerjasama dan toleransi akan diberikan mengikut situasi, haha.)

harap paham ya.

selamat hari raya semua, jangan lupa ganti posa. :)

July 19, 2009

Antara Dua Darjat

entri kali ini hanya berinti sedikit cacian makian dan hasutan.

semalam aku dan cik KuiKui pi ambil barang kat rumah, pastu terus pi beli barang kat The Mall.
Kononnya aku ni nak pi beli baju lah. Dah takdak baju sangat dah ni.

Singgah D.F.O.Beli baju murah2 sudahla, monolog di hati.

Aku dan cik KuiKui pun belek2 lah.
Agaknya sebab baju kami macam orang Indon kot.
Pekerja2 kedai tu asyik tengok slack(betui ka eja gini) kat kami.
Gila mata memperlekehkan orang.
Bajet macam baju kedai dia tu high class sangat.
Baju Padang Besaq pun mahai lagi kot.
Blah la.

Macam tut tut tut tut.
Daripada nak beli terus jadi tak hengen nak beli.


Masuk Soda. Cik Kuikui jumpa baju yang dia nak.
Tunggu dia pilih.
Salesgirls Soda rileks ja mai layan kami.
Siap suruh buat membership card lagi.


Hang takat jaga D.F.O nak berlagak lebih buat apa?
Nak tau orang2 bodoh sombong tu dengan lebih dekat?
Sabtu depan, pukul 6.
mesti ada 2 pompuan + 2 lelaki tu.
Perasan ja semuanya.

June 14, 2009

March 29, 2009

Tak Basi

Hari ni sangat hingar - bingar di kawasan booth. Ya, sangat bising. Macam pasar malam dah.

Booth aku jual makanan. Booth sebelah jual perfume.

Booth 5-B (ini booth kami)
"Beli rojak 3 percuma perfume!"
"Beli hotdog 5 boleh sewa Tepung Gomak selama sejam! Dia ni pandai mengurut!"

Booth 5-C (ini booth sebelah)
"Beli perfume percuma rojak!"
"Beli perfume percuma orang sebelah!" (palaotak dia)


Macam - macam. Dah semacam bersaing dah kami ni walaupun subjek jualan takdak kena mengena antara satu sama lain.

Berasa tergugat gamaknya, Booth 5-C menjerit,

"Beli perfume ni kak, tak basi!!! Dah 2 tahun saya bawak perfume yang sama, tak basi - basi lagi ni!"

Okeh.Saya simpati. :D

March 1, 2009

March comes in like a lion...

and goes out like a lamb..
"The March wind roars
Like a lion in the sky,
And makes us shiver
As he passes by.
When winds are soft,
And the days are warm and clear,
Just like a gentle lamb,
Then spring is here."
- Author Unknown

it is already spring here. too bad i can't upload the pictures :)

A Place Called Here by Cecelia Ahern - dah habis baca. *thumbs up*
Now i'm about to read Marshmallows For Breakfast by Dorothy Koomson.

February 22, 2009

Buah Hati

Hari ni aku menapak ke Mitveli.(mitveli lagi.tadak tempat lain dh aku ni.)

Saja berjalan, ambil angin, usha2 jantan orang.

Sampai la pada satu ketika mata aku tertancap ke sepasang mata.
Sepasang mata yang bahawasanya bagi aku cukup tajam namun halus,
menyedut seisi pandangan aku hanya pada dia.

Sungguh, dah lama aku tak nampak dia.

Lama.

Dulu memang aku cukup suka menjamah sepasang mata redup ni.
Meneliti ukir senyumnya.
Meniti gerak langkah tangannya.

Aha.
Tapi tu dulu.
Kisah lama.
Walhal rasanya dah kering mata aku ni untuk dia.

Aku pandang dia.
Tak lepas - lepas.
Tak perasan pula, rindu ni.


Aku.
Keringkan pandangan mata.
Aku titi setiap sudut wajahnya.
Mukanya tak seperti dulu, tapi kacaknya masih sama.
Misteri di balik matanya masih sama.
Senyumnya, Liriknya.

Makin lama aku tatap,
makin wajahnya menyerupai saat dahulu,
Makin tampan,makin hati aku berdetap,
Aku malu.

Kerana aku dah tersenyum.

Kacak kan, dia?







*blush*

February 15, 2009

different.

my previous layout crashed when i was editing some parts of it.

Ha-ha laugh all you want.

Found other layouts but still missing some of the parts that i want.
so i guess that's it for now.
i'll do it later.
maybe next year.

and now i'm gonna climb up my bed, and take a nap.
since it's hot today.

and i can only get to feel the breeze on top of bed. (since it's near the fan)
and sleep.

oh how tempting it seems to me now !

tata!

February 1, 2009

Perbualan aku dan dia.

Hari ni aku,cik KuiKui dan cik Anggerik Desa pi bersiar - siar di Mitveli. Saja. Boring2.

Aku dan cik KuiKui sampai dulu, cik Anggerik Desa masih lagi dalam KTM.

Boring, aku cuba2 topi kat stall jual topi tu.

Tokey kedai dah mai. Aku cepat2 letak topi dan berambus dari situ.

Mana cik KuiKui ni? Tu dia.

Aku duduk.Sandar badan kat dia.

Mata meliar ke kedai perhiasan di sebelah tempat duduk tu.

"Eh, 'Hurry RM10 only' la ni!"
"Hmm."

Pompuan ni dok emo pasai pa pulak,sengap ja?

"Eh, gelang tu gambar babi la!"
"Ha'ah."

Eh, suara lain semacam ja.

Aku toleh ke arah dia.
Dia tengok aku.

"Eh, sori ya kak..Silap orang.".

Patut la sedap semacam bersandar kat dia.

January 25, 2009

benci tanda sayang.

semalam 24 Januari 2009. Aku semak kalendar kat dalam kepala otak aku. Dah genap 2 bulan teman sekelas aku berpindah alam.

Secara tiba-tiba.
Sedang menunggu keluarga bersiap untuk bersarapan.Sedang bercuti tika itu.

Henfon berbunyi;Natsu Yuuzora mendendau ke seisi ruang.

"weh, ____ dah meninggal pagi tadi!Gila terkejut aku weh!".
Yoko-chan dengan nada kecohnya.

Aku ketawa.Aku skrol ke bawah lagi ruangan sms tu.
Hendak mencari suatu ayat "jz kidding la :D"; walau aku pasti takkan mungkin temanku yang seorang ini bisa bergurau tentang hal - hal ini.

Aku baca sekali lagi.
Diam.


Aku kenal arwah ni lama sangat dah.Dari aku darjah 5 lagi.
Tapi aku tak pernah mengambil namanya untuk aku jahitkan dalam - dalam ke hati aku ini.
Aku juga boleh dikatakan golongan yang membenci dia.Tak pernah seikhlas hati memujinya.
Mungkin dia yang bagi aku terlalu tinggi self-esteemnya;mungkin juga aku yang terlalu judgemental.

Tak semua yang sukakannya.Over-confident, kata orang.Banyak yang mengejinya dari belakang. Aku tau.Aku juga begitu.

Aku duduk sepi di sofa.Ibu turun,"awat?"
"Kawan zati meninggal."
"sapa?"
"________.Kenal dia dari sekolah rendah lagi.tapi x rapat.kami selalu mengutuk dia."


Aku senyum.
Abah hulurkan tisu.

Andai aku mengeji dia,kenapa tatkala abah menyuakan tisu kepadaku; aku rasa muka aku panas?

Kenapa tiba - tiba sendu tangis aku tak dapat ditahan - tahan?
Bagai budak kecil, aku menangis hiba.

Hiba.

Aku mengeji dia.
Tapi aku tak dapat tidur malam tu.
Aku risaukan bagaimana malam pertama dia di sana.


Tak putus berdoa agar Allah ampunkan segala dosanya.
Agar dilapangkan tempat tidurnya.
Agar tenang tidurnya di sana.
Agar bercahaya langitnya.

Walau aku membenci dia.


Diterimakah doa dari orang yang pernah membenci allahyarham ni?





selit-selit sikit: gila cheesy kan title entri ni?

August 17, 2008

My 18th Birthday

I was sitting at the balcony when i realized that it was a full moon tonight. I wonder, has it always been this beautiful on my every birthdays? Today is supposed to be a very happy day but it seems sorrowful to me. Of course, i went to watch 4bia with some of my friends but the movie is the only thing i'm excited about today. Haiya...

I can't meet my Ibu today, can't see my Abah, can't celebrate with my Adik - adik...they seem so far away. It's been 2 years since the last time I celebrate my birthday with them by my side. My schoolmates also seems to forget about me. Nobody wished me except for Aimi ; which is such a shame since I always remembered their birthdays. Not to nag, but it felt awfully lonely when you suddenly realized how everyone walks away from your life. Maybe I should throw it away too. And move on.

I wish that it will always be a full moon every time it's my birthday. Forever and always.