Showing posts with label thursday. Show all posts
Showing posts with label thursday. Show all posts

March 8, 2012

Long cut short.

Hi!

it has been like what, 5 months since my last post  ? Wow. Ceh, not like I never went on a long hiatus like that before, haha. Deepest apologies.


In a 5 months period, a lot of things have changed (for me).

First,

It is now 2012!! (Thank you, Captain Obvious). I've only made a new resolution recently, that is to travel with my friends, and I am hoping that we can do that every now and then, or at least once a year. Better start saving those pennies!


Second,

My family and I have moved, but not too far away from our old house. So no excuses for not coming to visit us!


Third,

I've got new housemates! So excited! Okay, this is obviously a lie. We got new housemates every now and then, so nothing really surprised us anymore.


Fourth,


Khan is now a grown up young lady!! (see picture below)

Khan being lazy, sitting around all day.



June 30, 2011

entri ini entri kotor.

life is like a ferris wheel, bukan sebab kadang - kala kita di atas dan kadang - kala kita di bawah, tapi sebab kita ni dok pusing lagu tu ja (attn : losers) . jadi maka terasa nak ceritakan rutin hidup seharian, macam artis - artis gitteww.

tak kira nak jugak bajet artis nak jugak nak jugak!!! ok boleh lempang.

sejak2 balik rumah ni, gaya hidup harian memang berbentuk rutin iaitu berulang2 melakukan perkara yang sama. redundancy. kalau dalam database ada redundancy, maksudnya itu bukan lah database yang mantap, itu hanyalah data yang banyak base (lapis - lapis) . ok lempang lagi sebab mengarut.


*bangun dari hasil lempangan.


Setiap pagi sebelum mandi gosok gigi, lepas (eh kawan I kiss me through the phone so sweet ok tiba - tiba.)(eh sejak bila cakap I -I ni. artisss giteww).

ok di mana terhenti tadi. ya setiap pagi sebelum mandi gosok gugi, rutin harian adalah pergi menjenguk kebajikan rebit - rebit sekalian. Di rumah rebitnya memang agak banyak, sampai 12 ekor and counting.
Menjaga kebajikan di sini ertinya cuci tahi la. Pagi - pagi menjenguk tahi, memang mata gerenti tak mengantuk dah. Tapi jerawat macam dah berkurang sikit, terapi organik stim tahi?

Ketika menjenguk tahi jugalah kadang kala dapat melihat prestasi kesihatan arnab - arnab sekalian,termasuklah tahi mata. Sebab kalau arnab tu banyak tahi mata, maksudnya wei aku dah tak larat nak cuci mata aku sakit la perempuan oi.

Selepas selesai menyucikan rebit dan memberi makan dan ubat di mana yang perlu nomnomnom, seterusnya adalah mencuci lantai yang terkotor sebab tahi terjatuh mungkin.






Kemudian mandi, baru la boleh makan. dan makan lagi.






Kemudian baru perasan yang lepas tu dah tak ada buat kerja berfaedah rupanya sekadar menjadi ibarat biawak yang dibela, asyik makan nomnomnom.

biawak dibela, yek.



entri ni kotor sebab asyik sebut tahi dan tak mandi pagi. = =

June 16, 2011

random

today i went to the hair salon.





















itu saja nak cakap.
rasa macam nak tampar tak?

May 26, 2011

With eyes, I seek love. Ceycey.

Aku tengok kawan - kawan aku terutamanya cik KuiKui amboi kau bukan main lagi update blog ya. Dengki, aku pun nak update jugak la.haha, gelak keji. Ada orang baca atau tak, semua tu boleh tolak tepi.

Banyak orang kata, cinta itu buta. Ceh, tu semua sebenarnya hanyalah alasan konon - kononnya bila perkara - perkara mcam cinta antara darjat nih terjadi, takpun bila ada artis mana - mana yang tiba - tiba kawin dengan Datuk Selebet mana - mana, semua pakai alasan cinta itu buta, kami serasi bersama, dan lain - lain. Hotok kau.

Ok teremo. Maybe, maybe la cinta buta ni betul - betul wujud. Ya lah, ada jugak kan kes - kes yang walaupun

kau hodoh, girlfriend hot kau tetap terima sebab kau ni penyayang.

kau suka emo, boyfriend kau tetap angau sebab dia suka tsundere.

kau busuk, tetapi girlfriend kau tak kisah sebab kau ni banyak duit. Lepas kawin boleh mandi kasi wangi.

kau gemuk, tetapi boyfriend kau suka sebab kau kelakar dan selesa menjadi diri sendiri.
                  Lepas kawin nanti senang nak beranak.

kau kedekut, girlfriend kau tetap suka sebab itu tanda kau bijak menguruskan kewangan.


tapi.

kalau kau seorang Belieber yang jauh lagi maha dasyat daripada adik - adik perempuan kau dan girlfriend kau,
bersedialah untuk menjadi gay.

May 5, 2011

Lu Langsi Lu Mati.

Hari tu, aku buat peribahasa baru.

"Ibarat kucing lupakan syakila".
Syakila ni kawan aku.Aku suka raba - raba dia walaupun dia tak suka. Dia long torso, aku suka. Sambil aku taip ni, ak tak sengaja terpicit sekor kumbang. Jari aku dah busuk.


Ohai. Lepas basuh jari aku teralit pergi bilik sebelah tengok youtube.Eh aku dah lari tajuk eh?


Okay fine.Tiap - tiap malam, aku dan rakan - rakan serumah akan pergi makan. Kami busy, orang bandar la kan, jadi tak sempat nak masak sendiri.(Hampir) tiap - tiap malam kami akan makan kat Abe. Kami busy orang bandar, takdew masa nak fikir makan kat tempat lain. Kami dan Abe memang akrab, ibarat kami dan abe.

Kat Abe ni banyak kucing mencari rezeki. Kucing bandar, takdew masa nak kejar - kejar tikus. Nak kejar lipas pun tak mampu, inikan pula tikus - tikus wangsa Maju. Kalau kat kl ni, tikus wangsa maju ni bawah sikit ja grade taiko dia dari tikus Kampung Baru. Kalau tikus kampung baru ni orang panggil Taiko, Boss; makan tikus wangsa maju ni taraf dia macam Abang Long. Pailang tak pailang tikus wangsa maju ni.

Kucing - kucing ni kalau dia nampak Syakila dia mesti akan tunggu kat sebelah. Kadang - kadang tu kurang ajar, siap tepuk - tepuk bahu Syakila lagi mintak makanan. Langsi punya kucing. Aku rasa kucing tu memang boss kat situ. Sebab tiap - tiap kali Syakila bagi makan, mesti dia sekoq saja yang dok mai cekau. Kucing - kucing lain semua duduk jauh - jauh apahal tah. Semalam, syakila tak makan ayam dalam tomyam, aku dah kenyang, kucing tu senyum girang. Hari ini  manyak senang, ini orang makan kurang. tak macam kawan dia (aku), makan langsung tak pandang orang.

Enough. Senang cerita, kucing tu makan sampai kenyang. Bila dah kenyang, dia duduk jauh - jauh muka nak menyombong. Orang nak lalu pun jeling. Kurang ajar, tak ingat jasa syakila.

Maka peribahasa ni sesuai kepada orang yang dahla tak mengenang jasa, kurang hajar pulak tu. lebih kurang macam tu la. Rasa macam buang masa tak baca entri ni? rasa kan rasa kan? padan muka haha bye uolls.

March 31, 2011

You Are June To Me


"And since all this loveliness can not be Heaven,I know in my heart it is June."–  Abba Woolson 

Tadi ibu call cakap rabbit umma beranak lagi. padahal bulan lepas baru ja beranak yang seekor tu.

baby bulan lepas.2 tak dapat diselamatkan sobs.
(gambar baby baru semalam tak upload lagi)

Ibu cakap beranak pulak lagi 6 ekor, tapi satu dah gol sebab kena getik semut.Beranak time bajir, ibu tak sempat nak tengokkan.Ok, saya faham dan tumpang bergembira.Tapi sebab ibu call time kelas, saya yakin ada something wrong dan tak semuanya indah. A mother's instinct is always right tau.

Ibu : "Ibu dah bincang dengan adik - adik, dah sepakat nak bagi sepasang kat Mak Long Ne.

Saya pun setuju, tak kisah la kan sebab memang dah banyak melampau.Termasuk 5 newborn kittens ni, kat rumah ni dah ada 17 TUJUH BELAS KAU BANYAK NAK MAMPUS ekor arnab. Dah taktau nak letak mana dah.

Ibu: Cadang nak bagi June. Ibu nak suruh bagi Siam tapi Caon tak bagi.
-the end-

Tak.Ini bukan the end.Saya end up bagi keizinan, tapi sedih paham tak *sobs sebab June tu memang officially saya punya. Yang lain - lain yang comel yang gebu semua adik - adik saya bolot tak apa saya tak kecik hati pon.Dalam 17 ekor arnab tu, June jugak yang nak dikasi.


huduh kelaku
(tempat kuarantin sementara sebelum pindah
ke banglo ada lawn lagi tauu.hehe)

Ini June masa baby. Saya punya.
Sebab time tu ada lagi 3 -4 ekor arnab  yang lagi comel, June dipinggirkan. *sobs lagi asal cakap pasal June saja nak sedih.Kalau arnab - arnab yang tak cukup kasih sayang kat rumah tu, memang saya la jadi tempat depa menumpang kasih tau. June ni baik, kalau lepaskan pun dia tak main jauh - jauh dan tak main pelik - pelik macam arnab - arnab lain. Dia tak makan pun orkid ibu, baik tak baiknya June tu; (berkat didikan saya). Dah tu, mendengar kata pula tu, kalau saya suruh dia masuk rumah dia; saya nak bersihkan lawn rumah dia, elokkk ja dia masuk. So sweet <3 :)
Ini pun rabbit saya.Lupi, tapi dah gol sebab sakit. T.T


ok saya takmau cakap banyak. saya berharap June sentiasa bahagia nanti, walaupun
saya dah tak ada di sisi.*sobs lagi. Emo kan saya? saya tak peduli. >:(


March 3, 2011

i need more ice-creams

 irrational title, I know.
cuaca panas jadi lagi panas bila tengok gambar ni
I can't stand summer.
No, I'm not in UK whatsoever.I'm living in a tropical climate.It's just that Perlis is really an extremist if it was to be described as a person.Very cold during end of the year, always too hot whenever after that period.


It has been almost 21 years; and yet I still can't beat the heat here.patut la hitam.
.
Ah.. so hot, I've been sleeping on the couch this evening; trying to find as many cold spaces I could get.
Yesterday I even slept on the naked floor.

I've heard how old people say the wisest things. I've heard of a saying that goes something like this;
" only idiots catch colds in summer."



I wiped my runny nose.Damn old people.

May 13, 2010

Baru - baru ni,
aku terjatuh cinta.

Dalam, kaw - kaw gila.
Cinta of the year kot.



Tapi sedih aku,
sebab dalam banyak - banyak cinta aku,

Cinta ini la yang aku tak dapat.

Aku frust.


Emo gila aku hari ni.

Padahal pasal hal rumah ja pun.

Rumah, bukan rumahtangga.

Dah bye.

April 8, 2010

once a blue moon.

agaknya la kan, disebabkan aku ni anak sulung, jadi aku jarang la nak mengada - mengada sikit -sikit nak menangis bagai. konon tabah la kan. jadi macam magic sikit macam mana ibu aku punya respond bila aku menangis (tambah2 bila time dah besar gajah umur dah nak masuk 20 tahun dah).

Hari tu, ibu call. aku cakap la hal kes rumah; budak umah tuduh kami curi laptop diorang.lepas tu borak - borak la. pastu tiba - tiba ibu cakap, 'Habis practical ni, xmau duduk situ lagi dah na. Nanti kalau dah dapat degree, duduk kat ostel na.' ujar Ibu lembut. Aku tau, ibu macam risau la kot sebab ya la, dah ada kes curi kat rumah. Ibu mana tak risau kan. Aku cakap la takmau duduk hostel. Pasai apa kena duduk ostel.
Tapi ibu wat dono. Aku menangis, terus letak telefon.


15 minit lepas tu, handphone berbunyi.

'Yalah, yalah duduk la... nak duduk sangat kat rumah sewa tu!'


Hehehe.Untung jugak ya kalau sekali sekala berlagak manja nangis2?

:D

I love you la ibu!

December 24, 2009

Tips untuk menjawab soalan rumit anak- anak kecil

Kanak - kanak sangat naif. Perasaan ingin tahu mereka sangat; SANGAT membuak - buak.

"Minda kanak - kanak pada usia 4 -8 tahun berkembang dengan pesat, oleh itu kita sehendaknya (ketara gila ayat rekaan sendiri guna perkataan sehendaknya) menjawab setiap soalan mereka bagi mengungkai kekeliruan mereka"
Ini; aku akui dari lapis ketujuh hati aku. Kanak - kanak memang BANYAK TANYA. Dan kadangkala; soalan2 depa ni sangat susah nak jawab dengan teori semata, macam bila kita tengah tengok cerita cinta yang konflik dia tinggi sikit,sebagai contoh:

A buli B sebab A suka kat C yang suka B walhal B suka D yang suka kat E yang hanya suka kat D sebagai seorang kawan.

Contoh soalan:
Kenapa A buli B?
Kenapa C tak suka A?
Kenapa C suka B?
Kenapa Bsuka kat D?
Siapa E?


. . . .

Macam mana kau nak jawab?


Jadi, pada pendapat aku, kemahiran yang patut kita gunakan dalam situasi begini adalah kemahiran berimaginasi menggunakan perkara2 dalam kehidupan seharian mereka.

Sebagai Contoh (rujuk balik contoh, zass)
A buli B sebab A suka kat C yang suka B walhal B suka D yang suka kat E yang hanya suka kat D sebagai seorang kawan.






  • Contoh jawapan :
    Pendahuluan: Kat tempat depa ni semua orang pakai Bio-Aura.Tapi B tak pakai.

    • Kenapa A buli B?
    Sebab B tak pakai Bio-Aura
    • Kenapa C tak suka A?
    Sebab Bio-Aura dia tu cap siam.
    • Kenapa C suka B?
    Sebab B tu comel dan sihat walaupun tak pakai Bio-Aura
    • Kenapa B suka kat D?
    Sebab Bio-Aura D mesra alam
    • Siapa E?
    E tu pembekal Bio-Aura kat tempat tu.


    Senang kan?
    X payah susah - susah nak terangkan pasal hati dan perasaan ;politik wang dan peer pressure kat depa.

    Lampiran: Wajah sebenar A,B,C,D dan E



    A(BioAura cap siam) , B(Anti BioAura)

    C (BioAura paling banyak kat rumah dia), D(BioAura mesra alam)

    E(pembekal BioAura)

    September 3, 2009

    random

    Tears weaken you.




    that it makes you turn into stardust.

    July 9, 2009

    susun perkataan di bawah membentuk ayat

    |pecah | ibu | Mangkuk | dan | baru | jatuh |


    Jawapan sebenar :Mangkuk baru ibu jatuh dan pecah.

    Jawapan Jiya : Mangkuk baru pecah dan ibu jatuh.

    they call her love.

    Hari ini ketika menyiram pinggan mangkuk.

    Jiya : kakak, pasai apa ayaq bila kita potong dia tak mati?
    (bahasa baku: mengapakah air tidak putus apabila dipotong?)

    Kakak yang gojes : .... . Sebab dia kuat.



    .
    Kenapa aku tak pernah tanya soalan ni kat Cikgu Fakhriyah masa Darjah 1 dulu?

    June 4, 2009

    aku teruja.

    tadi Ah Seng babai kat aku tau masa dia nak balik.

    ah seng hensem tau.




    . . . . . . . . . . . . . . .



    bila dah terlalu lama dok menganga kat rumah, gini lah jadinya.

    Ah Seng Letrik mai rumah pun dah terkinja - kinja suka. Teruja tahap langit ke-13.



    . . . . .
    tapi Ah Seng memang hensem tau.
    Dia babai kat aku tau tadi.


    hehe.

    May 21, 2009

    SuperStar

    antara orang2 popular kat Perlis:

    1.Mat Kalut
    -cukup kalut orangnya.
    -selalu nampak kat tengah2 jalan.
    -kadang kala kat Restoran Sri Malaysia pagi2.
    -suka merokok. Jumpa orang takdak benda lain dimintaknya. rokoookk ja.
    -selalu nampak dok kalut sorang2 dia kat tengah jalan.
    -dan kalau tiba2 dia penat, dia akan buat macam ni:
    2. Pe'e
    -beliau juga sangat popular.
    -suka mintak duit dua kupang kat orang. (sekupang tak layan)
    -kalau kereta lalu/tengah parking, dia akan ketuk2 cermin kereta, sengih dan sua tangan.
    -aku pernah dipandang rendah oleh dia.
    -->dia mai kat aku time aku keluar dari kedai Anita.
    -->dia tgk duit syiling (duit belen aku bli benang) kat tangan aku
    -->sambil sengih2, dia tayang duit dia kat aku.(time tu dia ada duit kertas RM10 2 keping)
    -->lalu chow dari situ.

    3.Mat Lenggang
    -suka jalan merata2 tempat.
    -suka melenggang la.
    -paling tak kacau orang.
    -tapi yang paling aku takut.
    -Insiden 1:sebab masa aku kecik2 dulu, dia singgah rumah tok aku,mntak air minum.
    -kendian dia tarik rambut aku dari pagar (aku dalam pagar,dia kat luaq)
    -Insiden 2:masa aku form brapa tah, pi pasar malam.
    -dia tarik tangan aku (aku ingatkan pakngah aku time tu) sambil sengih.
    ---trauma aku.

    sekian buat masa ini.

    May 7, 2009

    saya kena tag. anda bila lagi?

    the rules :
    1-copy award diatas untuk diletakkan di blog anda..

    2-nyatakan 5 fakta mnarik ttg pemberi award ni.. encik sasa
    • saiz XS
    • bila tidoq, buas tahap dewa
    • budak umah kenanga + pandimat
    • budak DIT kat unikl , time bila aku leh kenal dia aku pun taktau
    • cepat nervous. ok mungkin kot. berdasarkan penceritaan orang ramai.

    3-setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
    • suka baca komik (tiap kali soklan tag, benda ni jugak la yang aku jawab)
    • tak mandi lagi waktu tulis entri ni
    • suka duit
    • suka berjalan2
    • suka shopping
    • kakak sulung, diikuti 3 dainoso di bawahnya.
    • suka nasik lemak cik Bedah
    • currently looking for renthouse. (awat tiba2 speaking ni izzati)
    • pernah tak lulus ujian memandu sebab melanggar lampu trafik (alang2 dah tak lulus tu..)
    • hanya rajin bila perlu

    4-anda perlu memilih 10 penerima award sterusnya dan describe ttg mereka..
    • encik Kotak-abang dia maskulin di kala siang hari
    • encik Keding- tengok nama sudah tahu
    • encik wai-banyak benda best o kat belog dia.
    • encik khalil mustafa-rambut brokoli. hehe
    • cik TopSecret-rajin merapu dengan aku
    • cik Farah- kuat orangnya. (tak bukan ironlady ya)
    • cik Hana -suaranya sedap. :)

    tak cukup 10 k? eheh.

    April 30, 2009

    tagged

    Adakah anda suka blogging?
    ya.

    Blog siapa yang selalu anda skodeng?
    Nyatakan 5
    encik KuiKui, encik Kenanga, encik keding, encik Farah, kak Fynn.

    Upload 5 gambar followers yang anda suka.Dan describe it.* tidak semestinya orang yang anda nyatakan di atas.
    nanti.sebab ananda krishnan merajuk dengan saya.

    Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda?
    ya.

    Taken or single? Mana lebih bagus?
    single.

    Pernah tak cinta anda tidak dibalas?
    tak. sebab takdak cinta pun.

    Ciri-ciri idaman gf/bf anda?
    Nyatakan 5.ciri-ciri idaman bf..
    berduit, berkereta, kacak, suka jalan2, suka bergelak tawa

    Pada umur berapakah anda akan merancang untuk berkahwin?
    20-an

    Nak berapa anak?
    tengok la macam mana hasil tuaian.

    Orang bertuah yang anda ingin tag :
    encik keding (jangan buat2 tak sedar diri).

    April 9, 2009

    Nafsu Liar.

    Aku dan cik KuiKui sangap nak makan sate dan ais kacang hari ni.

    Tolong kami.

    March 26, 2009

    Kawan Bantu Kawan

    Masa Open Day UNIKL hari jumaat ni, aku dan teman2 akan membuka booth menjual makanan2 yang enak sedap lagi dilishes. Jadi aku syorkan pakat ramai2 mai beli.
    Ya ini adalah arahan. Datang dan beli. Sekurang2nya 3 kali sehari. Baru la taiko.

    Sebab kami jual ni untuk membantu memulihara kemandirian spesies beruk2 di seantero dunia.
    Sila jangan tanya kenapa. Datang dan lihat sendiri.

    Help protect apes around the world!

    March 5, 2009

    tagged by Kenanga

    1. Do you think you're hot?
    ya saya rasa saya hot, sbab saya tak mandi lagi.
    2. Upload a favorite picture of you

    3. Why do you like that picture?
    sebab saya tak mandi lagi dan dalam gambar ni pun saya tak mandi lagi.
    4. When was the last time you ate pizza?
    saya.tak.ingat. tapi saya tau masa tu makan pizza cheesestix yang baru tu. yang ada udang tempura tu.tapi kami tak mampu nak habiskan cheese dia dan berura - ura nak simpan dalam poket, makan masa jalan ke dang wangi. haha.
    5. The last song you listened to?
    I'm Yours.
    6. What are you doing now besides this?
    tgh gugel gambar ubi keledek. jangan tanya kenapa.
    7. What name would you prefer than this?
    freya jose. haha.nama izzati kan dah cukup gah dah?
    8. Those who will be tagged :
    1. cik topsecret
    2. cik farah
    3. encik muka ganas tapi keding
    4. cik lyzarins yang tidoq bawah katil aku.
    5. encik kz
    6. encik hafis
    9. No.3 is having relationship with?
    telefon bimbit beliau
    10. Say something about no.5
    sdg main golf di dalam ofis beliau
    11. How about no 4?
    rambut dia lurus bak penyapu