Showing posts with label tuesday. Show all posts
Showing posts with label tuesday. Show all posts

July 5, 2011

Ibarat bulan jatuh ke riba.

definition,makna : mendapat sesuatu yang tidak diduga.


Sila tengok gemok ini dengan teliti. gemok, bukan mangga harum manis tu.



ceh perasan artis ah.

konon - konon snapshot paparazzi.

gemok dengan tuannya. 


Tadi bawak sepupu beli hamster, maka terserempak dengan gemok di rumahnya. 
Terkejut la, sejak bila pulak hang ada kucing nih? 
Sepupu cakap jumpa gemok bersalut minyak hitam kat bawah kereta time banjir hari tu. 
Kesian gemok melalui hari - hari gelap.


Untungnyaaa tiba - tiba boleh terdapat kucing comel gini kat halaman rumah. nak jugak nak jugak!! (Padahal sebelum ni tak pernah bela kucing pun)




isk jeles jeles


gemok lu memang eksyen dengan gua.


Frust bila dapat tau nama dia Comel, cis tak kreatif langsung.
Letak la nama agung - agung sikit, Justin Bieber ka.




Lebih frust bila dapat tau nama hamster yang gua bagi tu dia panggil Mala.

June 14, 2011

Random

Asal malas nak fikirkan tajuk saja, mesti random. asal random ja mesti maksudnya aku memang malas.


Meet Khan. Sangat friendly. Maybe sebab nama dia Shahrukh Khan (adik yang namakan) , jadi friendly macam Rahul dalam cerita Kuch Kuch Hota Hai?




Tiap - tiap pagi mesti bantu aku kemaskan rumah.
So sweet *kisskiss

March 22, 2011

Tatatertib Berbahasa.

More often than always, selalu sangat rasa macam nak update blog.Betul. Tapi sebabkan aku ni bukanlah orang yang comel bersama entri - entri blog yang comel  yang buatkan orang rasa eh cutenya blog dia ni nak follow la tuan dia pun cute what?. Okay. Entri - entri aku ni selalunya melarat dan melalut (dan emo, ya aku suka emo.) jadi selalunya memang orang takkan rasa teringin la kan nak baca tiap - tiap hari pastu ikut emo sekali kan.


Hari ini entri emo. Tak emo la sangat.

Kat kampus aku ni memang selalu la sangat  ada event2 ka, booth bagai.
Memang best. Tapi ada satu booth ni, rasanya macam tiap2 tahun dia mesti mai sekali nak promote.

Linguaphone . Aku nak letak gambar, tapi internet slow sangat, jadi aku letak url ja la.Boleh click untuk tengok website dia, sila - sila. Tapi takyah beli la. Mengarut budak - budak ni.


Linguaphone ni macam bagi software ka cd ka hapa tah dengan harapan nak membantu anak bangsa kita dalam mendalami ilmu bahasa. Ikut suka kau la kan bahasa apa kau nak belajar. Semuaaa ada.
Tapi selalunya promoter dia akan target bahasa omputih la, dia bajet kitew kitew ni cakap rempit jew taw.

Botak : Adik, adik meh sini abang nak cerita pasal produk nih bla3.

Adik : eh takpe la botak, saya taknak. Ni yang CD belajar bahasa tu kan, saya dah dengar tadi, saya taknak.

Botak : Eh, kalau adik dah dengar tadi kenapa tak register?

Adik : (Monolog: Kau pekak?Aku cakap tak mau kan.) Takpeeee saya tak nak.

Botak : So adik rasa English adik dah bagus la?

Adik : (eh kau.) Boleh ja la, ok..

Botak : (provoke lagi) Adik ingat English adik memang bagus la?

Adik : Yes, I think my English is good enough

Botak : So you think your english is damn good la?

Adik : (over kau ni) Not damn good, but sufficient la. Ok la botak, I need to hurry up to go home, ok bye.


Imej botak menjauh.


Tak salah bagi aku kalau nak buat profit  tolong budak -budak belajar bahasa ni, tapi kalau bahasa kau sendiri tak appropriate dan tak ada etika memang tak dapat la nak menang hati customer.
Provoke orang, perlekeh orang, lepas tu bila kena counter attack nak guna cheap words. Kamon la, cakap 'so you think your english is damn good la? ' (lepas tu muka nak mencuka)  dengan customer, be professional la sikit bila berniaga.

Taun lepas stail provoke mintak result english spm, pastu nak attack orang2 yang english tak dapat A. jadah kau?

Lagipun banyak lagi cara kalau nak improve bahasa omputih memasing ni. Boleh tengok movie, boleh baca novel, newspaper, baca komik lagi, tengok anime lagi (lagi bagus, boleh paham japanese sambil improve english kan hehe).


So SAY NO TO LINGUAPHONE, baik kau pi tusyen kat ms weed lagi bagus haa. Eh ms weed ka entah yang cakap nak buat kelas english tu? Dah lupa.

March 1, 2011

random

the only place my lemak can't go to. syabas siku!
semalam mimpi ada orang nak cucuk mata saya dengan pisang goreng. mimpi  macam tu pun nak terkejut sampai terjaga berdentam dentum jantung habih haha
Springcleaning

still in progress.

spring cleaning

*sapu -sapu debu kat bloh APAHAL TAK RETI NAK EJA BLOG betul2 nih?

Hello peeps!!

Kebelakangan ni kegilaan main Ameba Pico kembali lagi.Sikit2 nak edit and decorate my room.Lepas tu kecewa dengan kegagalan diri untuk menjadi lebih prihatin kreatif. *apahal kau ni?

*semangat nak decorate


tak siap lagi, dah takdak duit U_U




aktiviti sampingan
 


*beli cubes untuk decorate rumah. Sambil beli sambil pikiaq entri terus terlupa dah beli berapa cubes (estimated quantity that time is around 12 cubes). Lepas tu agak2 la kan dah beli berapa dana lepas tu kecewa sebab terbeli lebih.

 *muka kecewa.



ok.sebenarnya di sebalik dunia lagha Ameba Pico, di dunia sebenarnya pun saya sedang decorate kemas bilik; iaitu bilik belakang.


balik ke dunia asal, bye!



**sasa suruh buat entri senyum tak nampak gigi eh.ok, soon :3

July 27, 2010

Be careful What you Wish For.

Saya teringin sangat nak baca buku ni. Tapi tiap2 kali nak beli, mesti ada buku - buku lain yang lagiii teringin nak beli, jadi terpaksa batalkan niat nak beli buku tu.

Sebenarnya saya bukan nak cakap pasal buku tu. Tapi pasal ayat tu sendiri, betapa ayat tu mengena batang hidung saya sendiri pada satu hari tu.

Entry - entry lepas saya ada cakap kan yang saya teruja gila tak sabar gila nak masuk degree kan? Sekarang dah minggu kedua dah pun. Tapi busy gila, tak sempat nak menzahirkan keterujaan di muka tu.

First week tu kena pergi orientation (sebenarnya kem btn) kat Kem Bina Negara, Rembau. Penat, tapi best la rasa macam terbukak sikit minda budak2 saya ni. Hari last tu, masa on the way nak balik, saya macam sedih la sikit TAK bukan sedih dah habis kem btn, tapi sedih sebab nanti dah kena balik Putrajaya. Saya tinggal di Putrajaya tu sorang - sorang. Kadang kala baru family datang. Baru pindah sebenarnya.

Saya sedih la sebab kena duduk sorang - sorang. Penat saya mengomel sorang2 kat rumah tu.Gelak sorang2.Makan sorang2. Kira time tu saya macam monolog "Ala, kan best kalau balik duduk ngn gonjeng2 Wangsa Maju ni. tak la sunyi sangat."

Malam tu, dalam pukul 10pm macam tu saya bertolak balik Putrajaya. Penat gila. Ingatkan terus nak tidur (bukak fb la sat nak main game) tapi apakan daya, rupanya saya ada peminat kat rumah tu. Seronok sungguh mengusik saya, sampai saya kena sembunyi dalam bilik ibu sambil baca ayat Kursi.

Bila call cakap kat ibu,ibu terus suruh pindah balik Wangsa Maju.

Maka, termakbul la wish saya untuk kembali menggonjeng tapi dengan cara yang tak best la sebab dapat peminat baru kat Putrajaya tu.

Be careful what you wish for. Memang saya bertekad nak cari buku ni.

March 31, 2010

random

Kadang kalau, kalau terasa macam nak tulis sesuatu tapi tak dapat nak bukak blog, aku akan tulis kat tempat lain; macam benda kat bawah ni aku jumpa masa dok selongkar barang tadi.


The worst part in in living is when you are egocentric. You cannot do what others wanted you to; out of your so- called pride when in reality is, your Pride has never taken you anywhere higher than your current state.


aku dah tukar post date ke actual dates aku tulis benda ni.
Tapi entri ni baru post on 22 March 2011, 1551 tau. :)

August 18, 2009

hari ini ada dua entri:ini entri nombor 1

hari ni semalam birthday aku.

dan birthday tahun ni aku happy.
happy sebab ada orang ingat birthday aku walaupun adik aku boleh terlupa (saja nak buat emo kat adik haha).

aku hepi sebab ada orang yang

sanggup susah - susah nak beli kek,
sanggup tahan muka ketat belit ayat kat aku bila aku tanya macam2 soalan,
sanggup pakai baju semalam yang pakai masa sesat,
sanggup tumpang rumah member semata nak sambut birthday aku,
sanggup datang jauh - jauh,
sanggup tunggu kami yang lambat setengah jam dengan kek di tangan,
sanggup pakai beg silang besar -besar yang dah lama tak pakai untuk ke Lowyat(kononnya) padahal sorok pinggan kertas kat dalam tu,
sanggup gelek Inul kat bilik KTV,
sanggup drivekan kereta

dan sanggup nak buat surprise birthday party.
sungguh aku gembira.

sungguh.
hadiah terbaik yang aku dapat tahun ni.

:)

tapi.

July 28, 2009

justin timberlake

what goes around comes around.bak dalam lagu Justin Timberlake(kalau ada).

dalam bebanyak pepatah, pepatah ni yang paling aku setuju sekali.
sebab selalu sangat kena kat aku.
tambah2 kalau benda yang aku buat tu tak best.


misalnya,
kalau aku kata emm dah lama aku tak demam kat kawan aku yang tengah demam,
esok lusa tu mesti aku demam pulak.

kalau aku lepaskan Jantan A ke Pompuan B,
esok lusa mesti ada jantan lain mengorat aku pulak.
haha ok yang tu aku tipu.
takyah tunggu aku lepas pun, memang tiap2 hari ada yang mengorat.


haha menipu lagi.



okeh okeh.


masa cuti hari tu aku selalu cakap kat ibu pasal Cayun yang suka mengigau.

kadang kala dia gelak
kadang kala dia marah2
kadang kala dia buat bunyi macam menangis (seram tak ingat)
kadang kala dia ajak aku keluar.


dan SEKARANG....

tiap - tiap malam kami akan layan dalam 2- 3 episod cita Princess Hour.
Aku jakun sebab tak pernah tengok masa sekolah dulu.
dalam cerita tu kan, depa panggil Tuanku tu dengan istilah 'mama'.
Haeyong mama, Bigung mama, Gongju mama.

jadi tiap2 malam kami tidur lewat.
cik KuiKui cakap, aku kerap mengigau kebelakangan ni.

Malam pertama: mengumam apa tah
Malam kedua : menjerit <--gila drama mengigau
malam keempat: Bigung mama.

......

Bigung mama??
cik Kuikui dah gelak2 dah masa dia dengar aku mengigau tu.

hebat tak igauan aku malam keempat tu?
hebat kan??
bukan semua orang boleh mengigau cakap Korea tau.


p/s: Cayun ok la lepas ni aku tak gelak dah kat ang kalau mengigau.hehe.

May 26, 2009

pacat dan taik lembu. mempesona.

baru turun dari bendang.
kasut beliau.
tasik kecik kat tanah.
Her Highness.
Dainoso kecik.
jalan tepi sungai

abah dan tokwan
Grr. Jangan curi lembu aku.






Peneman di kala sepi.

sungai belakang tanah
sungai belakang tanah
titi

tasik kicik
rumah putih tu bkn rumahku.rumahku tak siap gi.

tempat tidoq petang yang best.



jalan tepi sungai yang best.


sekian.gambaq taik lembu tak dapat nk upload sebab dikategorikan sebagai 18SG.

May 12, 2009

this post is for all PLUS highway drivers on Monday, 11 May.

I had nothing to begin with.

But it was such an eventful moment; for me.
That it fills me up, from nothingness to everything that I could ever wished for.
______________________________

Ok.Merapu punya budak.

penatpenatpenat tapi hepihepihepi.
penat oh.semalam baru sampai perlis.
all the way home i had to wear a mask; because i got a flu.
everyone was afraid that they'll be infected too.
(okaay, the 'everyone' were just my Abah and Ibu.)
my lil brothers and sister were excited, so they insisted on wearing masks too.


So for those who passed us (the car full with masked people) , do not be afraid. We're not carrying H1N1apatah (see, I don't even know how to spell it).

and i'm so happy waking up to the smell of Nasi Lemak CikBedah in the kitchen this morning!!!
Yaay~

looking forward to next morning's nasik lemak too.
:D
or perhaps my Tok's home-made kueytiaw goreng. *drool*

April 28, 2009

saya tak faham.

aku tak faham.

tak faham dengan sekalian manusia ni.
tepat, aku tak faham dengan kaum perempuan ni.
biar pun aku jua punya kromosom yang sama.

perempuan ni kalau bagi aku, setiap satu darinya adalah satu-satunya dia.
tak mungkin sama antara satu sama lain.
meski berkongsi wajah.
meski berkongsi darah.

sama lah seperti bulan dan matahari.
berkongsi sinar yang sama, tapi yang aku lihat tetap beza.

oke aku dah terpesong. kuat mengarut betui.
________________________________________________________

February 24, 2009

tiba - tiba I Got Tagged

1.How old are you?
19 this year

2.Are you single?

of course la.

3.At what age do you think you'll get married?

idk la.

4.Do you think you'll be marrying the person you are with now?

now i'm with syakila. i'm straight okaay...so no.haha LOL

5.If not, who do you want to marry?
any rich brat. haha

6.Who will be your bridesmaid & bestman?

i don't know yet.maybe one of the emiyumiyonari. or maybe syakila, or maybe aya, or maybe trah...or maybe bla3x.

7.Do you want a garden/beach or traditional wedding?

garden would be great.

8.Where do you plan to go on honeymoon?

Kourankei. :D

9.How many guests do you think you'll invite?

1437? Haha. Pulun.

10.Will that include your exes?

yeah. if i have one. haha.

11.How many layers of cake do you want?

ingat best ka kek tingkat2?jenuh nak potong.

12.When do you want to get married, morning or evening?

evening :)

13.Name the song/tune you'd like to plat at your wedding:

Moon River.Haha. Classic nak mati.
But my Abah would like to have Berita Dari Rantau -Alleycats. (gila lari tema.haha)
I Hear You Everywhere-Tanaka Rie
Mawar Khayalan - Laila's Lounge
Everytime We Touch-Cascada
(sampai malam tak abis2 lagu.haha.)

14.Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?

normal spoon & fork.

15.Champagne or red wine?

ayaq oren.

16.Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?

depends on the financial state.But my soon-to-be husband should be a rich one, so having honeymoon right after the wedding won't be a problem. :D

17.Money or household items?

Money.

18.How many kids would you like to have?

Abang,Kakak,Adik lelaki,Adik pompuan. haha.

19.Will you record your honeymoon in DVD/CD?

er maybe?

20. Whose wedding plan would you like to know next?

cik Farah, cikTopSecret, :D

December 30, 2008

Pagi ini di Pasar Tani.

Jiya : Kakak,apa ni?

Aku : Tu ikan haruan la jia...

Jiya : Oo...Ingatkan memerang...



Memerang??!

December 9, 2008

aku yang baru

aku kini dah tak seperti dahulu.

sudah jarang senyum.

tidak petah berbicara.

makan juga dah tak selera.

tidur tak lelap.

ya, aku dah berubah.

dan ini semua kerana dia.

kau,kembali lah.

aku rindu.

aku kepingin.

oh dr tan.

balik la.

bukak la balik klinik tu.

SAKIT GIGI YA AMAT NI!!!