July 4, 2010

Hello degree life.

Padahal tak masuk lagi. Ahad depan baru nak register masuk balik. Sebenarnya keputusan ini tidak berapa dipersetujui seratus peratus oleh encik abah, sebab encik abah suruh kerja dulu. Kat company kawan beliau. Encik Abah adalah seorang yang sangat strong-willed, tak habis - habis memaksa saya masuk bekerja, tapi saya tak mahu jugak. Tiap - tiap kali dia suruh saya kerja (selalunya time dia tengah drive dan saja jadi co-pilet atau sekadar penumpang), saya akan buka tingkap dan memandang jauh ke sawah padi, ladang tebu, pakcik Imigresen yang sedang mengunyah kacang sambil tanya "nak pi mana ni cik.." lepas tu abah cakap saja nak pi makan - makan dan lain - lain. Takpun saya jawab dalam hati saja.

Lepas tu kena marah bising potpetpotpet. Apa nak jadi ni dan sebagainya. Saya tak kira. Kali ni saya akan teguh dengan pendirian saya. Sebab saya dah ikut kehendak abah yang satu tu, yang ni saya tak nak.


Selain daripada rambut tiba - tiba jadi straight gila boleh buat pembaris nak buat line atas buku, perkara yang saya tak boleh imagine akan saya ada adalah pekerjaan tetap. Ini semua salah Rosli Daud(ini  memang nama sebenar).

Awal tahun ini, saya menjalani (skema menjalani) industrial training atau dengan kata lain practical di sebuah syarikat kecil di Wangsa Melawati. Saya pilih tempat ini kerana SANGAT dekat dengan rumah sewa (lama) saya, drive kereta 5 minit dah sampai. Jadi relax sahaja office hour start pukul 9 pukul 8.55 baru terkial - kial cari kunci kereta dan sibuk ketuk pintu jiran suruh alihkan Perdana dia. Ada porch tapi tak guna. Bebal.

Sebab kedua adalah kerana tempat lain yang berdekatan tak banyak yang hendak menggunakan budak budak computer engineering.  Kalau hendak juga, kena cari di sekitar Bangi seperti kilang Kenwood, Sony dan sebagainya. Tetapi peduli hapa saya.


Dan sikap 'peduli hapa' saya itu telah memakan diri. 14 minggu saya dan rakan tension di situ. Pekerjanya ok, tetapi supervisor saya tu (rujuk nama sebenar di atas); pergh perangai memang macam minta penampar dan lain - lain bentuk serangan 18SG.

Sehari sebelum nak report for duty, saya dan rakan - rakan serumah semuanya excited memikirkan tempat kerja masing - masing, dengan pantrynya, dengan abang hensemnya, dengan workspacenya. Jadi apabila pulang dari kerja keesokannya, saya dan rakan sedih gila bila rakan - rakan rumah menceritakan supervisor yang hensem, workspace yang luas gila boleh tidur bawah meja dan desktop masing - masing.

Supervisor saya sudah la botak di depan, merokok pula tu.
Di  office 95% adalah perempuan dan 3% baki adalah bapak - bapak orang. Baki 2% adalah orang yang sudah berpunya, dan tak hensem.

Saya jadi benci nak kerja apabila diberi tugasan kerja yang penting, dan banyak. Saya berbesar hati menerima, tetapi bila saya tak tahu nak buat dan supervisor sikit - sikit suruh import Microsoft Excel kepala hotak dia, hati saya jadi kecil semula.

Saya biasanya akan berlagak tabah dengan sikap 'it's okay, lagi omg 83 hari lagi' tetapi sampai ke satu tahap saya jadi tension bila kena kerja 7 days a week dah tu siap kerja sampai tengah - tengah malam. Ibu bapa tak tahu saya kena kerja sampai lewat tengah malam pada hujung minggu lepas tu bila ada surprise call dari ibu, saya terpaksa menangis sebab geram gila dengan perangai supervisor yang sikit pun tak menolong. Sampai hati tinggalkan kami berdua dua-dua orang sahaja dalam ofis tengah - tengah malam untuk siapkan kerja + test script untuk DIA bentangkan kepada KPDNKK keesokan harinya.


 Selang beberapa minit selesai ber-Bersamamu dengan ibu, rakan pula pulang ke meja dengan mata merah - merah. Rupa -rupanya dia juga jemputan khas acara Bersamamu.


Dah la pagi - pagi esok kena pergi KPDNKK pula di Putrajaya. Dah la saya yang terpaksa drive, kakak office tak berani nak drift di pagi - pagi buta kejar masa nak sampai awal di KPDNKK supaya sempat breakfast sebelum UAT.


Saya hanya paling gembira sekiranya saya diarahkan untuk turun site di Putrajaya tanpa supervisor di sisi. Hanya di sana la saya boleh gelak sekuat - kuatnya, main game Country Stroy Pet Society di Facebook sepuas puasnya dan download sebanyak -  banyaknya.

Time lunch pun boleh turun dengan riang hati sebab ada abang tu body dia cantik gila macam nak aishhh. Balik pun boleh balik pada masa yang tetap iaitu dalam pukul 5 petang, ikut office hour kerajaan.


Itulah sebahagian daripada sebab - sebab mengapa saya tak sudi nak bekerja.

Jangan tanya saya pasal elaun di situ. >:(

Saya dapat tahu ada abang di situ yang skodeng blog saya tetapi peduli hapa saya. semoga sikap peduli hapa saya kali ini tidak memakan diri saya lagi. Semoga abang tu skodeng blog budak - budak praktikal baru pula.

Kegeraman practical. Picasso-style.


p/s: tak sabar nak masuk degree.

No comments: