July 5, 2010

Raja saya.

Baru sekejap tadi encik Abah masuk ke dalam bilik saya. Saya tahu, encik Abah gelisah tak dapat tidur la tu sebab tu masuk bilik saya kacau kacau. Bising bilik saya tak kemas.

Apa lah encik abah ni, masuk bilik orang tengah - tengah malam nak bising - bising pasal etika bilik.
Padahal encik adik yang banyak sepahkan. Silap, encik adik - adik.

Saya cuma sepahkan atas katil saya sahaja. Itupun sepahan berintelek (poorah)  dengan laptop, kamera, bag dan topi. (dan kabel - kabel serta printer - printer di bawah katil).

Jadi selepas abah tamat sesi potpet - potpet dan dah rasa aman nak tidur, saya segera mencapai buku nota kecil saya untuk membuat checklist untuk hari esok (konon2 nak padamkan emo di hati).

For tomorrow morning.
1.Pi Klinik Faizah ambil result medical checkup dah lambat 3 hari
2.Pi Maybank untuk bank in duit beli bag online.
Check calendar nak tulis tarikh eh alamak esok dah birthday Abah lepas tu tengok jam alamak 5 minit lagi! (terus terlupa emo di hati) Lepas 5 minit terus masuk bilik tidur ibu abah selow - selow kemudian gerak Abah wish Happy Birthday.Abah bangun mata tak larat nak bukak senyum -senyum, comelnya abah saya haha untuk tanduk kepala (it's a family tradition) haha/

when we were young konon

Happy Birthday Abah!! Kuat potpet tapi always cool. Your love for your kids is unbeatable!






p/s: tak tulis pun nak Kemas Bilik dalam checklist tadi.


p/s : p/s : eh eh Abah masuk bilik sekali lagi cari selimut. 

No comments: